Sunday, September 23, 2012

Hati...

Dalam satu hadis Rasulullah menerangkan : Ketahuilah bahawa di dalam badan ada seketul daging, apabila ia baik baiklah seluruh badan seluruhnya. dan apabila rosak, rosaklah badan sekaliannya. ketahuilah! itulah hati."

Hati adalah raja sekalian anggota. Sekalian anggota mentaatinya tidak menyalahinya. Kalau ia raja yang baik, sekelian anggota menjadi rakyat yang baik. Sebaliknya kalau ia menjadi raja yang rosak maka sekalian anggota itu turut pula menjadi rakyat yang rosak.

Wajib tiap - tiap orang memelihara kesucian hatinya kerana hatinya terletak segala punca dan sumber segala satu. Malahan hati dipusatkan keimanan dan keyakinan dan keyakinan tidak pula dapat diperkuatkan dan disuburkan serta dikembangkan dengan akal kecuali hati sendiri lebih dahulu diperbetulkan, sebagaimana hadis dari Anas bin Malik dari RAsulullah s.a.w " tidak lurus iman seorang hamba hingga lurus (lebih dahulu) hatinya"

Kata Ibrahim bin Adham
" Hati orang yang beriman adalah bersih seperti cerminya, syaitan tidak dapat memperdayakannya dengan sesuatu, sebab ia terlebih dahulu melihatnya. tetapi sekali hati berdosa, Allah campakkan ke dalam hatinya satu tompok yang hitam. kalau ia bertaubat, hilanglah warna kehitaman itu. Andaikata ia kembali berbuat dosa, dan tidak bertaubat, timbullah semua tompokkan itu hingga sekalian bahagian hatinya menjadi hitam belaka. waktu itu tidaklah berguna lagi nasihat yang berikan kepadanya"

Sebab tu kalau baca buku Dr Fadhillah Kamsah selalu remind kita renew sunat taubat kita.. sebab manusia seperti kita ni dari membuat dosa... so jaga hati kita, pangkal hati baik insyaAllah semua baik.

Tuesday, September 18, 2012

Hasad (dengki) - Mengundang Neraka Yang DIsegerakan

Hasad Dengki boleh dikatakan penyakit rohani yang merbahaya sekali kepada agama, dunia dan seseorang. Apabila ia menguasai seseorang, buruk padahnya rosak dan punahlah amalannya.
Sabda Rasulullah " Tiada ada kerehatan hakiki bagi para hasud (pendengki)"
Sabdanya lagi " Hindarilah hasad dengki, kerana hasad itu memakan segala amalan kebajikan bagaikan api yang memakan kayu kering " ( Riwayat Abu Daud)

Lima Seksaan Duniawi Ke atas Penghasad.

As Sheikh Abul Laith as- Samarqandiy rahimahullah berkata : akan menimpa ke atas diri penghasad  lima seksaan  sebelum hasadnya itu jatuh ke atas orang yang di hasadkan.

1. Akan menimpa ke atas dirinya kebimbangan dan kedukaan yang berpanjangan.

2. AKan menimpa dirinya kemusibah berat yang tidak mendatangkan sedikit pahala pun

3. Akan menimpa ke atas dirinya celaan dan kutukan.

4. Akan menimpa dirinya kemarahan Allah SWT

5. Akan ditutupkan ke atasnya pintu taufik.

Ini lah yang dikatakan neraka yang disegerakan...

Sumber - Bawa Hatimu Kepada TuhanMu Chapter 27 (Amaluddin Mohd Napiah)

Monday, September 10, 2012

SELAWAT TAFRIJIYYAH
                                                                                                                                    
"Ya Allah! Limpahkanlah rahmat yang sempurna dan berilah kesejahteraan yang sempurna kepada junjungan kita Nabi Muhammad SAW yang menjadi sebab terlepasnya sesuatu yang masih mengalami jalan buntu dan terbukanya kesempitan serta didatanginya semua hajat dan diperoleh semua pemberian serta Husnul Khatimah (sempurna akhir hayatnya) dan diturunkan siraman mendung hujan lantaran keagungan baginda. (Dan limpahkanlah rahmat dan salam) kepada keluarga baginda dan sahabat di dalam setiap kerlipan mata dan nafas dengan bilangan semua yang diketahui oleh-Mu, wahai Zat yang menguasai seluruh alam".
Selawat Nariyah disebut juga selawat "Tafrijiyyah" yang ertinya terbuka sehingga menjadi lapang. Selawat ini jika diamalkan dapat menghilangkan kesempitan dengan izin Allah SWT. Bagi seseorang yang menginginkan agar kehidupan sehariannya berjalan lancar, jauh dari gangguan dan persaingan sebaiknyalah ia mengamalkan selawat Nariyah dengan membacanya selepas solat fardhu sebanyak yang ia mampu.

Sunday, September 9, 2012

8 PERKARA HALANGAN AMALAN DITERIMA..

Terbaca kata2  seorang ilmuan kat FB tu...Taksemua amalan diterima walaupun sah, tapi amalan yg diterima mmg amalan yg sah... kualiti amalan kita yg kena hitung... banyak mana pun amalan tapi ada few things yg kita kena aware..
seperti hadis Rasulullah S.A.W daripada Muaz bin Jabal :

8 Perkara yang yang menghalang Amalan kita diterima ialah :-

a. Mengumpat - Bencana lisan yang kita buat almost stiap hari dalam sedar atau tidak..
b. Mengharapkan Keduniaan - kata seorang ilmuan nakkan perhiasan syurga kena tinggalkan perhiasan dunia.. jauh beza dunia n akhirat.. utamakan akhirat insyaAllah dunia akhirat kita dapat.. pentingkan dunia, dunia je la kita dapat... rugi2..
c. Sombong
d. Ujub - rasa bangga diri dengan keistimewaan yg ada.. eg - cantik, pamgkat, ilmu
e. Hasad Dengki - Rasa kurang senang dengan pencapaian org lain
f. Tidak mengasihi orang lain
g. Sum'ah dan Riak - Sifat utk menarik perhatian org lain dgn menampakkan amalan baik smata - mata keran pujian, pangkat dan kedudukan.
h. Tidak Ikhlas....

Nauzubillah.. kita sesama istiqamah dlm kehidupan dalam ms yg sama jaga 8 perkara ni yg buat amalan kita x diterima..