Tuesday, September 24, 2013

KHALIFAH KHADAM RAKYAT

Pada sutau hari Sayidina Umar mengikuti Saiyidina Abu Bakar dari belakang. Beliau melihat Saiyidina Abu Bakar masuk ke dalam sebuah khemah dan berada di dalamnya untuk berapa waktu, kemudian beliau keluar.

Setelah Saiyidina Abu Bakar keluar, Saiyidina Umar pun masuk ke dalam khemah tersebut. Di dalamnya seorang wanita tua bersama anak - anaknya yang masih kecil.
Lantas beliau bertanya kepada perempuan itu: " Wahai hamba Allah, siapakah engkau?"
"aku seroang wanita tua papa, tidak memiliki apa - apa dan buta. Suamiku telah pun meninggal dunia beberapa tahun yang lalu:
Saiyidina Umar bertanya lagi:"Siapakah orang tua yang baru menjenguk kamu sebentar tadi?"
"Aku tidak mengenali beliau!"
Saiyidina Umar bertanya lagi" Apakah yang dilakukan oleh lelaki itu di sini?"
"setelah masuk ke khemah kami, dia menyapu dan membersihkan rumah kami, kemudian dia memerahkan susu kambing - kambing kami, kemudian dia menyediakan makanan untuk kami setelah selesai berkhidmat menguruskan rumah ini baru dia pulang"

Saiyidina berkata" sentiasa sahaja engkau yang datang memberikan pertolongan wahai Abu Bakar"
Maka Umar memukul kepalanya sendiri, lalu dia menangis seraya berkata " Wahai Abu Bakar, sesungguhnya engkau telah menyebabkan khalifah - khalifah selepasmu menjadi penat"
bayangkan wanita itu tidak mengenali pun siapa orang yang masuk dan menyediakan keperluan dan membuat tugas rumah itu yakni khalifah yang memimpin umat islam selepas Rasulullah. Saiyidna Abu BAkar menemui dan berusaha memenuhi keperluan berulang - ulang kali tanpa ada sesiapapun mampu mendahului beliau.

Demikianlah qudwah yang beliau pamerkan bakal - bakal pemimpin umat pemimpin umat selepas beliau, supaya bertakwa kepadaNya. Para pemimpin melaksanakan yang melaksanakan tanggungjawab kepada rakyat dan berasa malu menjadi ketua tetapi tetap bersimpati dengan kesusahan mereka.

Ibn Syaibah dalam kitab beliau meriwayatkan daripada Zubair bhw Saidina Abu Bakar berucap dalam khutbah di hadapan kaum muslimin.
" Wahai muslimin, malulah kalian kepada Allah. Demi zat yang diriku ada dalam genggamanNya, sesungguhnya aku tetap menutup kepada semasa mengqada hajat, kerana rasa malu kepada Allah."

Sa'id bin Mansur dalam Sunannya meriwayatkan daripada Mu'awiyyah bin Qurra bhw Saiyidna Abu Bakar pernah bermunajat kepada Allah dalam doa beliau
"Ya Allah, jadikanlah sebaik - baik umurku pengakhirannya, sebaik - baik amalku penutupnya dan sebaik - baik hariku saat daku bertemu dengan Mu"

Imam Ahmad pula meriwayatkan dalam kitab al- zuhd daripada al hassan, beliau berkata
"telah sampai berita kepadaku bhw Saiyidina Abu Bakar berdoa
"Ya Allah aku mohon kepadaMu suatu hal yang baik dalam akhir setiap urusan, Ya Allah jadikanlah yang terakhir yang Kau berikan ialah redha Mu dan darjat yang tinggi di syurga yang penuh kenikmatan"

sumber Pelik Tapi Benar Solusi isu 60

Sunday, September 22, 2013

Renungan : Tanda - Tanda Iman di tarik

 
Renungan :

"...tanda-tanda Iman ditarik dari hati (ditutup pintu hatinya) ialah:

Allah akan sibukkan dirinya dengan urusan dunia..."...
(mafhum riwayah).
Apabila Allah tidak mengkehendaki kita lagi...
Allah akan sibukkan kita dengan urusan dunia...
Allah akan sibukkan kita dengan urusan anak-anak.
Allah akan sibukkan kita dengan urusan menjalankan perniagaan.
Allah akan sibukkan kita dengan urusan menambahkan harta.
Allah akan sibukkan kita dengan urusan mencari pengaruh, pangkat dan kuasa...Alangkah ruginya kerana kesemuanya itu akan kita tinggalkan...

Sekiranya kita mampu bertanya pada orang-orang yang telah pergi terlebih dahulu menemui Allah SWT...dan jika mereka diberi peluang untuk hidup sekali lagi sudah semestinya mereka memilih tidak lagi akan bertarung bermati-matian untuk merebut dunia...kerana tujuan kita diciptakan adalah untuk menyembah Allah dan beribadat kepada Allah...tidak akan Allah ciptakan manusia sekiranya tujuan hidup untuk merebut habuan dunia..

Sebenarnya apa yang kita dapat dari habuan dunia ini telah pun ditentukan oleh Allah SWT.

Kita mungkin cemburu apabila melihat orang lain lebih daripada kita dari segi gaji, pangkat, harta, rumah besar, kereta besar...

Kenapa...
kita tidak pernah cemburu melihat ilmu orang lain lebih daripada kita..
kita tidak pernah cemburu melihat orang lain lebih banyak amalan daripada kita..
kita tidak pernah cemburu apabila melihat orang lain bangun di sepertiga malam...solat tahajud dan bermunajat...
kita cemburu apabila melihat orang lain menukar kereta baru yang mewah...tetapi
jarang kita cemburu apabila melihat orang lain yang boleh khatam Al'Quran sebulan dua kali...

Kesemua petanda-petanda ini menunjukkan dunia akhir zaman....apabila duit, harta dan pangkat mengatasi segala-galanya....setiap kali menyambut hari jadi...kita sibuk nak raikan sebaik mungkin...tetapi kita telah lupa..dengan bertambahnya umur kita...maka kita akan dipanggil Illahi bertambah dekat...kita patut bermuhasabah mengenai bekalan...ke satu perjalanan yang jauh..yang tidak akan kembali..dan buat selama-lamanya.

Sahabat yang ku sayang..
Kerinduan bertemu Allah subhanahu wa ta’ala umpama angin semilir yang menerpa qalbu, membuatnya sejuk dengan menjauhi gemerlapnya dunia. Siapapun yang menempatkan qalbunya di sisi Rabb-nya, ia akan merasa tenang dan tenteram. Dan siapapun yang melepaskan qalbunya di antara manusia, ia akan semakin gundah gulana.
Ingatlah! Kecintaan terhadap Allah tidaklah akan masuk ke dalam qalbu manusia yang mencintai dunia.

Ketahuilah wahai sahabat,
Jika Allah subhanahu wa ta’ala cinta kepada seorang hamba itu, maka Allah subhanahu wa ta’ala akan memilih dia sebagai tempat pemberian nikmat-nikmat-Nya, dan Ia akan memilihnya di antara hamba-hamba-Nya, sehingga hamba itu pun akan menyibukkan dunianya hanya dengan ibadah kepada Allah. Lisannya senantiasa basah dengan berzikir kepada-Nya, anggota badannya selalu dipakai untuk berkhidmat kepada-Nya.

Ya Allah, cintailah aku dan keluargaku.janganlah Kau berpaling dari kami...

Pilihlah kami sebagai tempat pemberian nikmat-nikmatMu.
Aamiin.

sumber : Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man

Berzikir ramai-ramai itu bidaah? dan banyak lagi di bidaahkan?

Tertarik dengan isu ni lepas fewe of my frens sibuk berhujah berkenaan amalan bidaah.. antara amalan dibidaahkan termasuk membaca al mathurat dan berzikir beramai - ramai selepas solat berjemaah... tak sempat nak berjumpa daie memana untuk bertanya so saya google dan jumpa satu link kepada blog yang agak menarik.. banyak kupasan mengenai isu - isu yang seronok untuk dibaca..
okey berkenaan zikir beramai - ramai ini antara hujah yang digunakan kata imam syafie zikir seharusnya dalam sirr dalam perlahan bukan lantang.. so leh tgk kat sini sebab taktau nak amik point yang mana banyak sangat diberi dari segi hadith dalam berzikir dan so on..
 
Al-Rabi’ telah mengkhabarkan kepada kami dan berkata: al-Syafie telah mengkhabarkan kepada kami, dan berkata: Ibrahim bin Muhammad telah mengkhabarkan kepada kami, dan berkata: telah menyampaikan hadith ini Musa bin ‘Uqbah, dari Abi al-Zubair, sesungguh beliau mendengar Abdullah bin Zubair berkata:
“Adalah Rasulullah SAW apabila memberi salam selepas solat, berkata dengan lafaz yang kuat: La ilaha illallahu wahdahula syarikalah lahulmulkuwalahul hamdu wahuwa ‘ala kulli syai`in qadir, wala haula wala quwwata illa billah, wala na’budu illa iyyahu, lahulni’mah, walahulfadhl, walahulthana`ul hasanu, la ilaha illallhu mukhlisina lahuddin walau karihal kafirun”. Berkata al-Syafie: “Dan amalan ini harus untuk Imam dan tidak (harus) untuk makmum. Dan al-Syafie berkata lagi: “Dan mana-mana Imam yang berzikir dengan apa yang aku nyatakan, secara kuat, mahupun senyap, atau selain dari cara keduanya, maka ia adalah baik (hasan). Dan aku memilih (pendapatku) untuk Imam dan makmum berzikir kepada Allah selepas selesai solat, kedua-duanya berzikir dengan senyap. Kecuali sekiranya Imam dalam keadaan wajib dipelajari darinya sesuatu (cara bacaan berzikir), maka dia boleh melantangkan zikir sehingga ia melihat sesungguhnya mereka telah mempelajari darinya, kemudian dia berzikir secara senyap”.
(Tamat petikan dari Kitab al-‘Umm: Jilid 1, Hal. 241, 242)

Kesimpulan yang penulis dapat buat dari kenyataan Imam Syafie Rahimahullah yang terakhir itu ialah:

1. Amalan berzikir dengan kuat harus untuk Imam dan tidak (harus) untuk makmum menurut pandangan Imam Syafie. Namun beliau tidak secara terang-terangan mengatakannya haram atau sesat mahupun bid’ah kerana pandangan Salaf yang lain juga bersandar kepada hadith Ibn ‘Abbas namun Imam Syafie meraguinya kerana Abu Ma’bad terlupa dia pernah meriwayatkannya kepada ‘Amr bin Dinar sebagaimana kata Imam Syafie: :
Seolah-olah dia (Abu Ma’bad) melupainya selepas dia meriwayatkannya (hadith) kepadanya (‘Amr). Manakala hadith Ibn al-Zubair dianggap oleh Imam al-Syafie sebagai mengambil kata-kata Ibn ‘Abbas sebagaimana katanya: Aku mengira apa yang diriwayatkan Ibn al-Zubair mengenai tahlil Nabi SAW (zikir La ilaha illallahu) sebagaimana apa yang diriwayatkan oleh Ibn ‘Abbas”.


2. Imam Syafie berpendapat bahawa mana-mana Imam yang berzikir dengan apa yang beliau nyatakan, sama ada secara kuat, mahupun senyap, atau selain dari cara keduanya, maka ia adalah baik (hasan). Imam al-Syafie menyebutnya sebagai baik (hasan). Namun perkara yang mempunyai sanad (sandaran) dari sunnah secara nyata adalah lebih baik dari hasan. Tetapi sekiranya diamalkan perbuatan ini pada hari ini di depan mereka yang menolak zikir selepas solat, nescaya Imam tersebut akan dicap sebagai pembawa bid’ah, sesat dan ahli neraka! Inilah bahaya kejahilan terhadap keseluruhan hadith-hadith Nabi SAW atau taksub kepada pandangan seseorang.

3. Pandangan Imam al-Syafie Rahimahullah lagi:
Dan aku memilih (pendapatku) untuk Imam dan makmum berzikir kepada Allah selepas selesai solat, kedua-duanya berzikir dengan senyap. Kecuali sekiranya Imam dalam keadaan wajib dipelajari darinya sesuatu (cara bacaan berzikir), maka dia boleh melantangkan zikir sehingga ia melihat sesungguhnya mereka telah mempelajari darinya, kemudian dia berzikir secara senyap”.

Imam al-Syafie memilih perkataan ‘memilih’ untuk mentarjihkan atau menguatkan pandangannya. Itulah cara ulama hadith yang juga imam faqih. Memilih pandangan sendiri tetapi bukan dengan membid’ahkan dan menyesatkan pihak yang tidak bersetuju dengannya khususnya dalam perkara yang masih terbuka untuk ijtihad
 

 
 
Berhati-hati dalam menghukum sesuatu amalan sebagai bid’ah.


Melalui perbincangan di atas, jelas menunjukkan kepada pembaca yang mahukan kebenaran, bagaimana ulama-ulama kita membahaskan tajuk tersebut.

1. Hadith Ibn ‘Abbas mengenai berzikir secara lantang diterima oleh sebahagian ulama salaf sebagai hujjah dan sunat diamalkan. Bahkan ia diamalkan oleh sebahagian ulama salaf. Semoga Allah SWT mengampunkan dosa kita membid’ahkan dan menyesatkan sebahagian ulama salaf dan orang-orang yang mengamalkan sebahagian dari amalan dan berpegang kepada hadith ini.

2. Masyarakat juga seharusnya menghormati pandangan yang tidak berpegang kepada amalan ini kerana terdapat persoalan ijtihad mengenai status hadith tersebut dan syarahan yang berbeza di kalangan ahli hadith yang menyebabkan ulama berbeza pandangan. Walaupun begitu, amalam Imam yang menguatkan zikirnya sekali sekala untuk dipelajari umum merupakan perkara yang disyariatkan menurut pandangan ini.

3. Perbezaan pandangan ulama hadith dan fuqaha` mengenai persoalan tersebut tidak langsung mencetuskan perkataan bid’ah yang menyesatkan, masuk neraka dan seumpamanya. Kalau adapun mereka menyebut bid’ah atau muhdath (perkara baru) tetapi dalam taraf ‘hasan’ kerana amalan yang nyata ada sanadnya adalah lebih utama dari amalan muhdath. Mereka menyebutnya sebagai bid’ah atau penambahan dari sudut bahasa tetapi tidak mengatakannya sebagai ‘dalalah’ atau sesat. Inilah akhlak ulama Salaf. Inilah kefahaman ulama hadith yang hakiki dan fuqaha` apabila berdepan dengan persoalan-persoalan khilaf dan ijtihad (qadaya khilafiayyah ijtihadiyyah).

Semoga kita semua diberikan pentunjuk oleh Allah SWT. Semoga Allah SWT menjauhkan kita dari amalan-amalan bid’ah dan ketaksuban pada mana-mana individu sehingga kita menolak hujah-hujah Al-Quran dan al-sunnah. Semoga kita menjadi pengikut ulama-ulama Salaf dan tidak mudah terpengaruh dengan aliran semasa yang membuang sumbangan ulama-ulama Salaf yang mu’tabar yang diterima umat sepanjang zaman. Semoga umat Islam lebih cermat dalam menghukum sebahagian masyarakat yang lain.

Wallahu ‘A’lam.




Penulis ialah Pensyarah Kanan di Universiti Utara Malaysia. Berkelulusan PhD (Fiqh & Usul Fiqh) dari UIA, Sarjana Fiqh & Usul al-Fiqh (UIA) dan Ijazah Sarjana Muda Syariah dalam bidang al-Fiqh wa al-Tasyri’ (Universiti of Jordan)
 

Kenderaan bagi hati

Ibnu Athalillah menerusi hikmahnya kali ini mnjelaskan perjalanan rohani seseorang samalah juga pada asasnya dengan perjalanan jasmani. Jika perjalanan jasmani, mahu segera sampai ke destinasi yang dituju mesti tunggang kenderaan barulah cepat sampai berbanding berjalan kaki.
Kenderaan rohani (hati dan sirr) yang paling laju ialah nur yang Allah limpahkan ke dalamnya ( al Anwar al Waridat). Apabila seorang salik dikurniakan Allah nur tersebut bererti zahir batinnya bergerak laju menuju dengan Allah.
Zahirnya dengan nur syariat, batinnya dengan nur hakikat. Dengan dua nur tersebut seseorang akan segera sampai kepada syariat dan hakikat yang sebenar dan menjadi sebaik - baik hamba Allah.
Dengan lain perkataan akan segera sampai ke darjat ihsan seperti yang Rasulullah saw sebutkan dalam hadis
"Ihsan ialah anda beribadat kepada Allah seolah - olah anda melihat Allah. Jika anda tidak lagi seolah-olah melihatNya, maka akan merasa Allah sentiasa melihat dan memantau diri anda"
Apabila sampai ke darjat ihsan ini beerti orang tersebut telah sampai ke makfiratul dan sifat kehambaan yang sempurna lagi ikhlas.

Cahaya yang dimaksudkan oleh Ibnu Athalillah ada tiga jenis.
¤ Nur Al Intibah
Menjadikan hati sedar (yaqazah) daripada lalainya (ghaflah) hidup dan bercahaya.
¤Nur al Iqbal
Cahaya yg menjadikan hati dan roh kuat terfokus kepada Allah (khudur ma' Allah) lalu menjadikan orang yang menerimanya suka gembira untuk beribadah kepada Allah.
¤Nur al Wisol
Nur yang menyampaikan ke darjat insan dan menjadikan orang itu arif lagi kamil.

Sumber nur di atas adalah zikrullah. Tanpa zikrullah destinasi yang dituju menjadi jauh dan keadaan perjalanannya sangat lambat seperti orang yang mengesot yang tidak akan sampai ke destinasi.
Oleh itu zikrullah dianggap suffiyyah sebgai kenderaan menuju kepada makfiratullah.
Sheikh Abu Qassim al Junaidi al Baghdadi menegaskan dengan katanya
"Zikkkrullah ialah rukun utama dalamm ilmu tasawuf ini, bahkan seseorang tidak akan sampai kepada makfiratullah kecuali dia sentiasa berzikir"

Sumber Mutiara al hikam dr Tuan Guru Dr Hj Junaidi Hj Sidek Al Khalid..  ms 68 majalah Q & A isu 20

Atiqah binti Zaid ~ ibarat pintu menuju syahid

"Siapa yang ingin mati syahid, pergilah berkahwin dgn Atiqah" Abdullah bin Umar r.a.
Takdir hidup Atiqah binti Zaid bin Amru bin Naufal al Quraisyiah r.anha. beliau pernah disuruh berpisah dgn suami pertamanya yakni putera kpd Abu Bakar as sidiq Abdullah bin Abu Bakar r.a. puncanya Abu Bakar melihat anaknya telah dialpakan dgn kenikmatan rmhtangga, sehingga bbrapa kali terlwat menunaikan solat jemaah.
Abdullah pun diperintahkan oleh ayahnya supaya menceraikan isterinya itu. Namun jodoh mereka masih ada. Kembali bersatu tetapi tdak kekal hingga ke usia tua. Abdullah b. Abu Bakar syahid di Perang Thaif.
Allah redakan kesepian Atiqah ditemukan jodoh buat wanita bjiwa cekal itu. beliau dipinang oleh Saiyidina Umar r.a.
Ada juga meriwayatkn Atiqah bernikah dgn Zaid bin Al Khattab terlebih dahulu. Zaid menerima takdir y sama apabila terkorban ketika mnyertai pasukan besar tentera Islam ke Yamamah.
Tidak disangka Umar juga gugur dan kematiannya dirasai bukan sahaja atiqah tetapi seluruh kaum muslimin.
Selepas kematian sayidina Umar, lama Atiqah menyendiri sbelom bertemu jodoh skali lagi dengan Zubair bin al Awwam. Krisis kepimpinan kaum muslimin menyeret ke perang saudara.. Zaubair terbunuh di pertempuran di Lembah Sibak tempat antara Makkah dan Basrah.
Tamat iddah, Saidina Ali meminang Atiqah. Namun kali ini dia menolak kerana tidak sanggup melihat nasib y bakal menimpa.
Beberapa lama bersendiri Atiqah akhirnya bkahwin skali lg dgn cucu Rasulullah yakni Hussain bin Ali.. dlm perjalanan ke Basrah bersama suaminya serta ahli keluarga yg lain.. rombongan telah diserang musuh. Di hadapannya sendiri Atiqah melihat suaminya dibunuh slepas seharian bertempur mempertahankan diri.
Hussain r.a merupakan suami y terakhir. Dan Atiqah menolak dan tidak berkahwin dan menghabiskan sisa baki usia untuk beribadat sepenuhnya kpd Allah swt.