Thursday, June 21, 2012

6 Soalan Imam Ghazali

Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya, beliau bertanya :

1.“Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?”

      Murid 1 : ” Orang tua “
      Murid 2 : ” Guru “
      Murid 3 : ” Teman “
      Murid 4 : ” Kaum kerabat “

Imam Ghazali :  Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahwa setiap yang bernyawa pasti akan mati ( Surah Ali-Imran :185).

2.“Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini?”

 
Murid 1 :” Negeri Cina “
Murid 2 :” Bulan “
Murid 3 :” Matahari “
Murid 4 : ” Bintang-bintang “

Iman Ghazali : Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun kendaraan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama.

3.“Apa yang paling besar didunia ini?”

Murid 1 : ” Gunung “
Murid 2 : ” Matahari “
Murid 3 : ” Bumi “

Imam Ghazali =  Semua jawaban itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al A’raf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka.

4. “Apa yang paling berat didunia?”

Murid 1 : ” Baja “
Murid 2 : ” Besi “
Murid 3 : ” Gajah “

Imam Ghazali :Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah (pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebu t-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah.

5.“Apa yang paling ringan di dunia ini?”

 
Murid 1 : ” Kapas”
Murid 2 : ” Angin “
Murid 3 : ” Debu “
Murid 4 : ” Daun-daun”

Imam Ghazali : Semua jawaban kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali didunia ini adalah MENINGGALKAN SOL AT. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat.

6.“Apa yang paling tajam sekali di dunia ini?”

Murid- Murid dengan serentak menjawab
: ” Pedang “

Imam Ghazali :  Itu benar, tapi yang paling tajam sekali didunia ini adalah LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah,manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri.

Tuesday, June 19, 2012

Nota Ringkas - 15 Bahaya Lidah

Peringatan Untuk Diri Sendiri.. Ini adalah antara dosa sepanjang hayat yang kita buat dalam tak sedar.. dan banyak hadis Rasulullah s.a.w yang mengingatkan betapa bahayanya lidah.. antaranya :

" Tidaklah dihumbankan muka manusia ke dalam neraka itu sebagai hasil tuaian lidahnya"
                                                                                Hadis Riwayat al- Tirmizi

"Bukanlah seorang Mukmin jika ia suka menuduh, suka melaknat, bercakap kotor dan keji "
                                                                                 Hadis Riwayat al- Tirmizi

dan sabda Rasulullah s.a.w lagi :

" sesiapa yang banyak bercakap banyaklah kesalahannya, sesiapa yang banyak kesalahannya banyaklah dosanya, dan siapa yang banyak dosanya, api nerakalah paling layak untuk dirinya"
                                                                                     Diriwayatkan oleh Baihaqi

 
15 Bahaya Lidah tersebut ialah....
  • Mengucap sesuatu yang tidak perlu a.k.a membuang masa
  • Terdorong dalam mengucapkan dosa e.g - megah dengan dosa2 n membantah orang2 alim
  • Membuta tuli dalam mengatakan sesuatu tanpa mengikut hukum dan ilmu
  • memaki hamun n cakap kotor
  • Nyanyian.... yang melalaikan
  • Bergurau sehingga melampaui batas
  • Mengejek2 dan meng-olok2 orang lain
  • Menyebarkan Fitnah.... Membuat Sumpah Palsu... Berdusta dan Berbohong
  • Abaikan undang2 Allah dalam memutuskan sesuatu perkara
  • Mengumpat..
  • Mengadu Domba menghasut
  • Talam dua muka tiga muka n bermuka2..
  • Memuji2 manusia yang lain - akan menimbulkan rasa riak dan takkabur
  • Bersumpah setia kepada sesuatu selain Allah
  • Berkata Kalau pada sesuatu yang telah pun berlaku..

Sunday, June 17, 2012

QUOTE FOR THOSE YG REFUSE BERTUDUNG

Manusia di zaman awal peradaban hampir telanjang, seiring dengan pencapaian ilmu dan tamaddun manusia, mereka mula mengenakan pakaian. Makin lama makin banyak untuk menutupi tubuh badan mereka. Apa yang saya pakai hari ini melambangkan pencapaian tertinggi peradaban manusia dan ianya bukan satu langkah kebelakang. Malah, manusia yang mula meninggalkan pakaianlah orang yang ingin mundur dan kembali ke zaman purba - TAWAKKUL KARMAN

Thursday, June 7, 2012

Mengapa Wajib Berpegang Pada Ahli Sunnah Wal Jammaah

Ape maksud Ahli Sunnah Wal Jammah?

ikut fatwa yang dikeluarkan pada tahun 1970.. boleh tgk kat web efatwa.
Pengertian Sunnah ialah Sunnah Rasulullah s.a.w., pengertian Jemaah ialah kumpulan Sahabat dan Tabien yang bersepakat di atas kebenaran yang nyata dari Kitab Allah dan Sunnah Rasulullah s.a.w.
Pengertian Ahli Sunnah Wal Jamaah ialah kumpulan orang Islam yang berpegang kepada al-Quran, al-Sunnah dan pendapat para Sahabat yang bersepakat di atas kebenaran yang nyata dari Kitab Allah dan Sunnah Rasulullah s.a.w.

Imam Ahmad bin Hanbal pernah menyatakan bahawa sifat orang Mukmin yang disebut sebagai Ahlus Sunnah wal Jamaah adalah:

“Sesiapa sahaja yang bersaksi bahawa tidak ada Tuhan melainkan Allah SWT, tiada sekutu bagiNya, serta Muhammad SAW adalah hamba dan RasulNya. Dia juga mengakui semua yang dibawa oleh para Nabi dan Rasul, tidak ada sedikitpun keraguan dalam keimanannya. Dia tidak mengkafirkan satu pun orang yang masih bertauhid kerana sesatu dosa (yang dibuat). Dia mengharapkan semua perkara yang hilang daripadanya kepada Allah ‘Azza wa Jalla dan menyerahkan urusannya hanya kepadaNya. Dia meyakini bahawa apa sahaja yang berjalan menurut qadha’ dan qadar Allah, semuanya mempunyai baik dan buruknya. Dia juga mengharapkan kebaikan untuk umat Muhammad dan mengkhuatiri keburukan menimpa mereka. Tidak seorang pun umat Muhammad masuk syurga dan neraka kerana amal kebaikan yang dilakukannya dan amal dosa yang dilakukannya, sehingga Allah SWTlah yang memasukkan makhlukNya sebagaimana yang Dia kehendaki. Dia mengetahui hak orang salaf (terdahulu) yang telah dipilih oleh Allah untuk menyertai NabiNya. Dia mendahulukan Abu Bakar, Umar dan Utsman serta mengakui hak Ali bin Abi Thalib, Zubair, Abdurrahman bin Auf, Saad bin Abi Waqqas, Said bin Zaid bin Amr bin Nufail atas para sahabat yang lain. Merekalah sembilan orang yang telah bersama-sama Nabi SAW berada di atas Gunung Hira’. Dia menceritakan keutamaan mereka dan menahan diri terhadap apa yang mereka perselisihkan sesama mereka. Dia solat ‘Idul Fitri dan Adha, Khauf, solat berjamaah dan Jumaat bersama semua pemimpin, baik yang taat mahupun yang zalim. Dia mengusap kedua-dua kasutnya semasa bermusafir ataupun tidak, mengqasarkan solat ketika bermusafir. Dia mengimani al-Quran sebagai kalam Allah (perkataan Allah), dan ia diturunkan, bukan makhluk. Dia meyakini bahawa iman adalah ucapan dan perbuatan, boleh bertambah dan berkurangan. Dia meyakini juga bahawa jihad tetap berlangsung sejak Allah mengutus Muhammad SAW sehingga generasi terakhir yang memerangi Dajjal, ketika mana tidak akan ada yang mampu mencelakakan mereka termasuk kezaliman orang yang zalim. Dia menyatakan bahawa jual-beli halal sehingga Hari Kiamat sesuai dengan hukum Kitab dan Sunnah. Dia solat jenazah dengan empat takbir dan menguruskan umat Islam dengan baik. Dia tidak melakukan penentangan terhadap mereka dengan pedang anda. Jangan berperang kerana fitnah. Tinggallah di rumah Allah. Dia mempercayai azab kubur, mengimani Malaikat Munkar dan Nakir, meyakini adanya telaga, syafaat, meyakini bahawa orang-orang yang mempunyai tauhid akan keluar dari neraka setelah mereka diuji, sebagaimana sejumlah hadis telah menyatakan hal ini daripada Nabi SAW. Kita mengimaninya, dan tidak perlu banyak contoh untuk semuanya tadi. Inilah yang disepakati oleh para ulama dari pelbagai penjuru dunia.” - sumber http://www.mykhilafah.com/fikih/2255-golongan-ahlus-sunnah-wal-jamaah

Ringkasan dari kertas kerja yang dibentangkan dibeberapa masjid di Perlis, di Masjid Kampung Malaysia Tambahan Selangor, di Johor Bahru dan di Persatuan Muhammadiyah Singapura adalah seperti berikut..

Istilah atau kalimah Ahli Sunnah wal-Jamaah sememangnya sudah tidak asing lagi kepada masyarakat Islam Nusantara.  Namun, apabila membincangkan perihal Ahli Sunnah wal-Jamaah terlalu sedikit yang mengetahui pengertian kalimah ini.  Oleh itu, perlulah terlebih dahulu difahami pengertiannya (istilah atau definisinya) sama  ada disegi bahasa atau syara.  Istilah “Ahli Sunnah wal-Jamaah”  terdiri dari tiga kalimah, iaitu:
  1. Pertama:  Pengertian Ahli
Ahli yang bermaksud "Pengikut atau Anggota" satu-satu aliran (fahaman) atau kumpulan, contohnya sebagaimana yang terdapat dalam firman Allah:
يَا اَهْلَ الْكِتَابِ لِمَ تَكْفُرُوْنَ بِاَيَاتِ اللهِ
"Hai Ahli Kitab!  Mengapa kamu mengingkari ayat-ayat Allah padahal kamu mengetahui kebenarannya".  Ali Imran, 3:70.
 
وَاْمُرْ اَهْلَكَ بِالصَّلاَةِ وَاصْطَبِرْ عَلَيْهَا
 
"Dan perintahkanlah kepada keluargamu mendirikan solat dan bersabarlah kamu dalam mengerjakannya".  Taha, 20:132.
 
     Pada ayat ini ahli bermaksud anggota keluarga.  Antara contoh-contoh yang lain ialah: Ahli pertubuhan, ahli parlimen, ahli mahzab, ahli sukan dan sebagainya.
  1. Kedua:  Pengertian Sunnah
As-Sunnah:  Sunnah menurut syara:
  1. Ketiga:  Pengertian al-Jamaah.Penafsiran yang paling tepat tentang "Jamaah" ialah:
"Mereka-mereka yang tergolong dari kalangan para sahabat kerana mereka sentiasa di atas kebenaran, ahlinya dan golongan yang teramai (السواد الاعظم) mengikut fahaman (manhaj) salaf yang hak".


Semasa Rasulullah ingin menyampaikan wasiat agar umat Islam benar-benar kembali kepada manhaj Ahli Sunnah wal-Jamaah dan meninggalkan Ahli bid'ah, tanda-tanda kesungguhan yang tergambar di wajah Rasulullah telah merubah suasana dan keadaan para sahabat di ketika itu, sehingga menggegarkan hati para sahabat dan mengalirkan air-mata mereka.  Kejadian tersebut telah menunjukkan peripentingnya umat Islam berpegang dan kembali kepada pegangan Ahli Sunnah wal-Jamaah yang menjadi manhaj para sahabat sekalian.  Rasulullah berwasiat:
 اُوْصِيْكُمْ بِتَقْوَى اللهِ وَالسَّـمْعِ وَالطَّاعَةِ وَاِنْ وَلَّى  عَلَيْكُمْ عَبْدٌ حَبَشِيٌّ ، وَاِنَّهُ مَنْ يَعِشْ مِنْكُمْ مِنْ بَعْدِيْ فَسَيَرَى اخْتِلاَفًا كَثِيْرًا ، فَعَلَيْكُمْ بِسُنَّتِيْ وَسُنَّةِ الْخُلَفَاءِ الرَّاشِدِيْنَ الْمَهْدِيِّيْنَ مِنْ بَعْدِيْ ، تَمَسَّكُوْابِهَاوَعَضُّوْا عَلَيْهَا بِالنَّوَاجِذِ ، وَاِيَّاكُمْ وَمُحْدَثَاتِ الاُمُوْرِ، فَاِنَّ كُلَّ مُحْدَثَةٍ بِدْعَةٌ ، وَكُلَّ بِدْعَةٍ ضَـلاَلَةٌ ، وَكُلَّ ضَـلاَلَةٍ فِى النَّارِ.
 
"Rasulullah sallallahu 'alaihi wa-sallam telah memberi peringatan kepada kami sehingga membuat hati kami bergetar dan air mata berlinangan.  Kami berkata:  Wahai Rasulullah!  Seakan-akan ini wasiat perpisahan maka berwasiatlah kepada kami.  Baginda  bersabda:  Aku wasiatkan kepada kamu agar tetap bertakwa kepada Allah, sentiasa mendengar dan taat walaupun yang memimpin kamu adalah seorang hamba Habsyi.  Sesungguhnya sesiapa yang hidup antara kamu selepasku akan melihat ikhtilaf yang banyak, maka hendaklah kamu mengikuti sunnahku dan sunnah Khulafa ar-Rasyidin yang mendapat petunjuk.  Peganglah ia dan gigitlah dengan gigi geraham.  Aku peringatkan kamu tentang benda-benda yang baru kerana setiap yang baru itu bid'ah dan setiap yang bid'ah itu sesat".

Nak baca lagi detail boleh rujuk : http://rasuldahri.tripod.com/articles/kka2_lapan.htm

"Apa yang diambil (diterima, dinukil, dipindah dan diriwayatkan) dari Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wa-sallam dan para sahabat baginda berkenaan akidah dan amal". [4]  Atau:

"Cara (jalan) yang dicontohkan oleh Rasulullah sallallahu 'alaihi wa-sallam yang dibina  (diambil) dari kitab Allah Ta'ala (al-Quran), sunnah RasulNya dan jalan yang ditempuh oleh para sahabat sekalian yang telah diijmakkan oleh mereka"

SeLiMuT PuTih

Bila Izrail datang memanggil
Jasad terbujur di pembaringan
Seluruh tubuh akan menggigil
Terkujur badan dan kedinginan
Tiada lagi gunanya harta
Kawan karib sanak saudara
Jikalah ada amal di dunia
Itulah hanya pembela kita

Janganlah mahu disanjung-sanjung
Engkau digelar manusia agung
Sedarlah diri tahu diuntung
Sebelum masa keranda diusung
Datang masanya insaflah diri
Selimut putih pembalut badan
Tinggal semua yang dikasihi
Berbaktilah hidup sepanjang zaman

Hamba Mu Yang Bergelumang Dosa...

" Sekalipun kita pernah melakukan dosa suatu ketika dahulu, usahlah diungkit lagi di masa kini, leburkanlah dosa masa lalu dengan taubat yang masih diberi peluang oleh empunya alam ini dengan sisa umur yang berbaki, pandanglah jauh ke depan kerana hidup tidak pernah mengundur ke belakang"
USTAZ AHMAD DASUKI.

Tuesday, June 5, 2012

Azam Saya - Menjadi Ahli Syurga

Kembara Dunia Menuju Kedamaian Syurga

Jalan Menuju ke syurga itu dipagari dengan segala kepayahan. Lihat sirah para anbia' dan ulamak kita.. oke ini sy dpat dari majalah al ustaz poster sebenar nya.. Ringkasannya.. sebagai preparation  bagi kembara ke arah dunia akhirat kita akan menghadapi segala kesusahan, kepayahan dan kesengsaraan dunia ini bagi jaminan kedamaian syurga, ini guidance kita... suke sangat Majalah Al - Ustaz.. :)

# Peta dan Kompas ---> Al quran dan Sunnah
# Penyangkut dan Tali ---> Raja (berharap pada Allah)
# Fizikal Yang Kuat ---> Mujahadah
# Perjuangan secara Berkumpulan ----> Dikelilingi orang - orang soleh
# Senjata ---> Khauf (yakni takut akan Allah)
# Pakaian ---> Takwa
# Lampu Suluh ---> Ilmu
# Keazaman ---> Mardhatillah (redha Allah)
# Stamina ---> Sabar
# Mental Yang KEntal ---> Yakin dan Tawakkal

Nafsu Kita ni memangla nak n suka pada benda yang seronok, cantik, indah.. tapi kena selalu remind diri sendiri nak kan perhiasan syurga tinggalkan perhiasan dunia... and jalan ke neraka itu memang dilingkungi dengan segala keseronokan.,


La Tahzan! Jangan Bersedih

Kadang - kadang bila dugaan datang menjengah... n datang tak henti2 kite jd terduduk sekejap.. Bagi penguat hati cuma berzikir teman kita.. mengingati Allah itu lebih baik dari memikirkan kesdihan kita.. bagi yang selalu dirundung sedih n dugaan, sy sharekan sedikit dari buku La Tahzan,.. Muga jadi dorongan motivasi untuk kita terus kuat menghadapi ujian - ujian Allah.

* Masa Depan Akan Datang Dengan Sendirinya
* Usirlah kekosongan dengan kesibukan
* Sesungguhnya setelah kesulitan ada kemudahan
*Masid ada yang mengkabulkan doa kita
*Mengingati Allah akan mententeramkan
* Jalani hidup dengan apa yang ada
* Sabar itu indah sahabatku..
* Maafkanlah orang yang menyakiti hati kita itu lebih baik
* Jangan Bersedih bila niat kita terhalang
* Sebaik - baik teman sejati adalah buku
* Hidup ini bukan untuk bersedih
* Iman adalah ubat yang paling mujarab..
* Redha... dengan redha dapat hilangkan kesedihan kita...

pernah saya terbaca seorang ilmuan berkata... seorang yang diam dengan kebenaran seperti syaitan yang bisu.. adakala tak perlu kita tegakkan kebenaran sehingga berbalah.. pesanan buat diri sy.. La tahzan..