Monday, July 15, 2013

ENAM PERKARA YANG ALLAH SEMBUNYIKAN

* Allah swt sembunyikan REDHA-Nya dalam TAAT
* Allah swt sembunyikan MURKA-Nya dalam MAKSIAT
*Allah swt sembunyikan nama -Nya Yang Maha Agung di dalam Al Quran
* Allah swt sembunyikan LAILATUL QADAR di dalam bulan Ramadhan
* Allah swt sembunyikan solat yang paling utama dalam solat (5 waktu)
*Allah swt sembunyikan (tarikh terjadinya) HARI KIAMAT dalam semua hari.
 
 

Keluasan Neraka yang Amat Dahsyat

Rasulullah saw bersabda " Ya Jbrail jelaskan kepadaku sifat Jahannam.
jawabnya " ketika Allah menjadikan Jahannam maka dinyalakan selama seribu tahun shingga merah, kemudian seribu tahun sehingga putih, kemudian seribu tahun sehingga hitam, maka ia hitam gelap tidak pernah padam nyala dan baranya. Dem Allah yang mengutus engkau dengan hak, andaikan terbuka sebesar lubang jarum nescaya akan dapat membakar pendidik dunia semuanya kerana panasnya. Jahannam itu sangat dalam dan perhiasannya besi dan minumannua air panas bercampur nanah dan pakaiannya potongan - potongan api. Api neraka itu ada 7 pintu, tiap2 pintu bahagiannya yang tertentu daripada orang lelaki dan perempuan"

Rasulullah bertanya lagi" adakah pintu - pintunya bagaikan pintu - pintu rumah kami?
Jawabnya " Tidak. tetapi selalu terbuka setengahnya di bawah dari yang lainya, dari pintu ke pintu jarak perjalanan 70,000 tahun, tiap pintu lebih panas daripada yang lain 70 kali ganda"

Rasulullah bertanya lagi " siapakah penduduk untuk setiap pintu?"
Jawab Jibrail " Pintu yang terbawah pintu untuk orang - orang munafik, dan orang - orang kafir setelah diturunkan hidangan mukjizat Nabi Isa serta keluarga firaun, sedang namanya ialah Al Hawiyah. Pintu kedua tempat orang - orang musyrikin bernama Jahim. Pintu ketiga tempay orang shobi'in bernama Saqar. pintu keempat tempat iblis dan pengikutnya daripada kaum majusi bernama Ladha. Pintu kelima orang yahudi bernama Huthomah. Pintu keenam tempat orang nasara bernama Saeir." kemudian Jibril diam. Sehingga Rasulllah saw bertanya " Mengapa tidak kau terangkan penduduk pintu ke tujuh?"
Jawab Jibril " di dalamnya orang - orang berdosa besar daripada umatmu yang sampai mati belum sempat bertaubat"
Pengsan Rasulullah saw mendengar keterangan itu, sehingga Jibril meletakkan Rasulullah di pangkuannya sehingga sedar. sesudah sedar Baginda bersabda " Ya Jibrail, sungguh besar kerisauanku dan sangat sedihku apakah ada seorang dari umatku yang akan masuk ke dalam neraka?" Jawab Jibril " Ya, iaitu org yg berdosa besar dari umatmu"
kemudian Rasulullah menangis JIbrail juga menangis kemudian masuk kedalam rumahnya, tidak keluar kecuali untuk bersembahyang kemudian kembali dan tidak berbicara dengan sesiapa dan menangis semasa sembahyang dan selalu berdoa kepada Allah.

Dari Hadis Qudsi
Bagaimana kamu masih boleh melakukan maksiat sedangkan kamu tidak dapat bertahan dengan panas terik matahariKu. Tahukah kamu bahawa neraka jahannam Ku itu

1. Mempunyai 7 tingkat
2. Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah
3. Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung
4. Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah
5. Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik
6. Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak
7. Setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok zarqum
8. Dibawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 ekor ular
9. Didalam mulut setiap ular yang panjang 70 hasta mengandungi lautan racun yang hitam pekat.
10. Juga di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 rantai
11. Setiap rantai diseret oleh 70,000 malaikat


Nauzubillah.. peringatan untuk saya yg berbuat dosa tak pernah lekang.. :(