Pada sutau hari Sayidina Umar mengikuti Saiyidina Abu Bakar dari belakang. Beliau melihat Saiyidina Abu Bakar masuk ke dalam sebuah khemah dan berada di dalamnya untuk berapa waktu, kemudian beliau keluar.
Setelah Saiyidina Abu Bakar keluar, Saiyidina Umar pun masuk ke dalam khemah tersebut. Di dalamnya seorang wanita tua bersama anak - anaknya yang masih kecil.
Lantas beliau bertanya kepada perempuan itu: " Wahai hamba Allah, siapakah engkau?"
"aku seroang wanita tua papa, tidak memiliki apa - apa dan buta. Suamiku telah pun meninggal dunia beberapa tahun yang lalu:
Saiyidina Umar bertanya lagi:"Siapakah orang tua yang baru menjenguk kamu sebentar tadi?"
"Aku tidak mengenali beliau!"
Saiyidina Umar bertanya lagi" Apakah yang dilakukan oleh lelaki itu di sini?"
"setelah masuk ke khemah kami, dia menyapu dan membersihkan rumah kami, kemudian dia memerahkan susu kambing - kambing kami, kemudian dia menyediakan makanan untuk kami setelah selesai berkhidmat menguruskan rumah ini baru dia pulang"
Saiyidina berkata" sentiasa sahaja engkau yang datang memberikan pertolongan wahai Abu Bakar"
Maka Umar memukul kepalanya sendiri, lalu dia menangis seraya berkata " Wahai Abu Bakar, sesungguhnya engkau telah menyebabkan khalifah - khalifah selepasmu menjadi penat"
bayangkan wanita itu tidak mengenali pun siapa orang yang masuk dan menyediakan keperluan dan membuat tugas rumah itu yakni khalifah yang memimpin umat islam selepas Rasulullah. Saiyidna Abu BAkar menemui dan berusaha memenuhi keperluan berulang - ulang kali tanpa ada sesiapapun mampu mendahului beliau.
Demikianlah qudwah yang beliau pamerkan bakal - bakal pemimpin umat pemimpin umat selepas beliau, supaya bertakwa kepadaNya. Para pemimpin melaksanakan yang melaksanakan tanggungjawab kepada rakyat dan berasa malu menjadi ketua tetapi tetap bersimpati dengan kesusahan mereka.
Ibn Syaibah dalam kitab beliau meriwayatkan daripada Zubair bhw Saidina Abu Bakar berucap dalam khutbah di hadapan kaum muslimin.
" Wahai muslimin, malulah kalian kepada Allah. Demi zat yang diriku ada dalam genggamanNya, sesungguhnya aku tetap menutup kepada semasa mengqada hajat, kerana rasa malu kepada Allah."
Sa'id bin Mansur dalam Sunannya meriwayatkan daripada Mu'awiyyah bin Qurra bhw Saiyidna Abu Bakar pernah bermunajat kepada Allah dalam doa beliau
"Ya Allah, jadikanlah sebaik - baik umurku pengakhirannya, sebaik - baik amalku penutupnya dan sebaik - baik hariku saat daku bertemu dengan Mu"
Imam Ahmad pula meriwayatkan dalam kitab al- zuhd daripada al hassan, beliau berkata
"telah sampai berita kepadaku bhw Saiyidina Abu Bakar berdoa
"Ya Allah aku mohon kepadaMu suatu hal yang baik dalam akhir setiap urusan, Ya Allah jadikanlah yang terakhir yang Kau berikan ialah redha Mu dan darjat yang tinggi di syurga yang penuh kenikmatan"
sumber Pelik Tapi Benar Solusi isu 60


No comments:
Post a Comment