Ibnu Athalillah menerusi hikmahnya kali ini mnjelaskan perjalanan rohani seseorang samalah juga pada asasnya dengan perjalanan jasmani. Jika perjalanan jasmani, mahu segera sampai ke destinasi yang dituju mesti tunggang kenderaan barulah cepat sampai berbanding berjalan kaki.
Kenderaan rohani (hati dan sirr) yang paling laju ialah nur yang Allah limpahkan ke dalamnya ( al Anwar al Waridat). Apabila seorang salik dikurniakan Allah nur tersebut bererti zahir batinnya bergerak laju menuju dengan Allah.
Zahirnya dengan nur syariat, batinnya dengan nur hakikat. Dengan dua nur tersebut seseorang akan segera sampai kepada syariat dan hakikat yang sebenar dan menjadi sebaik - baik hamba Allah.
Dengan lain perkataan akan segera sampai ke darjat ihsan seperti yang Rasulullah saw sebutkan dalam hadis
"Ihsan ialah anda beribadat kepada Allah seolah - olah anda melihat Allah. Jika anda tidak lagi seolah-olah melihatNya, maka akan merasa Allah sentiasa melihat dan memantau diri anda"
Apabila sampai ke darjat ihsan ini beerti orang tersebut telah sampai ke makfiratul dan sifat kehambaan yang sempurna lagi ikhlas.
Cahaya yang dimaksudkan oleh Ibnu Athalillah ada tiga jenis.
¤ Nur Al Intibah
Menjadikan hati sedar (yaqazah) daripada lalainya (ghaflah) hidup dan bercahaya.
¤Nur al Iqbal
Cahaya yg menjadikan hati dan roh kuat terfokus kepada Allah (khudur ma' Allah) lalu menjadikan orang yang menerimanya suka gembira untuk beribadah kepada Allah.
¤Nur al Wisol
Nur yang menyampaikan ke darjat insan dan menjadikan orang itu arif lagi kamil.
Sumber nur di atas adalah zikrullah. Tanpa zikrullah destinasi yang dituju menjadi jauh dan keadaan perjalanannya sangat lambat seperti orang yang mengesot yang tidak akan sampai ke destinasi.
Oleh itu zikrullah dianggap suffiyyah sebgai kenderaan menuju kepada makfiratullah.
Sheikh Abu Qassim al Junaidi al Baghdadi menegaskan dengan katanya
"Zikkkrullah ialah rukun utama dalamm ilmu tasawuf ini, bahkan seseorang tidak akan sampai kepada makfiratullah kecuali dia sentiasa berzikir"
Sumber Mutiara al hikam dr Tuan Guru Dr Hj Junaidi Hj Sidek Al Khalid.. ms 68 majalah Q & A isu 20


No comments:
Post a Comment