Monday, July 15, 2013

ENAM PERKARA YANG ALLAH SEMBUNYIKAN

* Allah swt sembunyikan REDHA-Nya dalam TAAT
* Allah swt sembunyikan MURKA-Nya dalam MAKSIAT
*Allah swt sembunyikan nama -Nya Yang Maha Agung di dalam Al Quran
* Allah swt sembunyikan LAILATUL QADAR di dalam bulan Ramadhan
* Allah swt sembunyikan solat yang paling utama dalam solat (5 waktu)
*Allah swt sembunyikan (tarikh terjadinya) HARI KIAMAT dalam semua hari.
 
 

Keluasan Neraka yang Amat Dahsyat

Rasulullah saw bersabda " Ya Jbrail jelaskan kepadaku sifat Jahannam.
jawabnya " ketika Allah menjadikan Jahannam maka dinyalakan selama seribu tahun shingga merah, kemudian seribu tahun sehingga putih, kemudian seribu tahun sehingga hitam, maka ia hitam gelap tidak pernah padam nyala dan baranya. Dem Allah yang mengutus engkau dengan hak, andaikan terbuka sebesar lubang jarum nescaya akan dapat membakar pendidik dunia semuanya kerana panasnya. Jahannam itu sangat dalam dan perhiasannya besi dan minumannua air panas bercampur nanah dan pakaiannya potongan - potongan api. Api neraka itu ada 7 pintu, tiap2 pintu bahagiannya yang tertentu daripada orang lelaki dan perempuan"

Rasulullah bertanya lagi" adakah pintu - pintunya bagaikan pintu - pintu rumah kami?
Jawabnya " Tidak. tetapi selalu terbuka setengahnya di bawah dari yang lainya, dari pintu ke pintu jarak perjalanan 70,000 tahun, tiap pintu lebih panas daripada yang lain 70 kali ganda"

Rasulullah bertanya lagi " siapakah penduduk untuk setiap pintu?"
Jawab Jibrail " Pintu yang terbawah pintu untuk orang - orang munafik, dan orang - orang kafir setelah diturunkan hidangan mukjizat Nabi Isa serta keluarga firaun, sedang namanya ialah Al Hawiyah. Pintu kedua tempat orang - orang musyrikin bernama Jahim. Pintu ketiga tempay orang shobi'in bernama Saqar. pintu keempat tempat iblis dan pengikutnya daripada kaum majusi bernama Ladha. Pintu kelima orang yahudi bernama Huthomah. Pintu keenam tempat orang nasara bernama Saeir." kemudian Jibril diam. Sehingga Rasulllah saw bertanya " Mengapa tidak kau terangkan penduduk pintu ke tujuh?"
Jawab Jibril " di dalamnya orang - orang berdosa besar daripada umatmu yang sampai mati belum sempat bertaubat"
Pengsan Rasulullah saw mendengar keterangan itu, sehingga Jibril meletakkan Rasulullah di pangkuannya sehingga sedar. sesudah sedar Baginda bersabda " Ya Jibrail, sungguh besar kerisauanku dan sangat sedihku apakah ada seorang dari umatku yang akan masuk ke dalam neraka?" Jawab Jibril " Ya, iaitu org yg berdosa besar dari umatmu"
kemudian Rasulullah menangis JIbrail juga menangis kemudian masuk kedalam rumahnya, tidak keluar kecuali untuk bersembahyang kemudian kembali dan tidak berbicara dengan sesiapa dan menangis semasa sembahyang dan selalu berdoa kepada Allah.

Dari Hadis Qudsi
Bagaimana kamu masih boleh melakukan maksiat sedangkan kamu tidak dapat bertahan dengan panas terik matahariKu. Tahukah kamu bahawa neraka jahannam Ku itu

1. Mempunyai 7 tingkat
2. Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah
3. Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung
4. Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah
5. Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik
6. Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak
7. Setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok zarqum
8. Dibawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 ekor ular
9. Didalam mulut setiap ular yang panjang 70 hasta mengandungi lautan racun yang hitam pekat.
10. Juga di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 rantai
11. Setiap rantai diseret oleh 70,000 malaikat


Nauzubillah.. peringatan untuk saya yg berbuat dosa tak pernah lekang.. :(

Thursday, January 10, 2013

TANDA - TANDA JIWA SAKIT

Jelas Ustaz Salahuddin sekiranya ingin tahu samada jiwa kita sakit atau tidak, dapat dilihat pada tanda - tanda berikut :

* Kurang Sabar dan Mudah Naik Angin
  Orang yg kotor jiwanya kurg sabar dan mudah melenting terhadap perkara2 kecil dan remeh temeh. Lbh teruk lagi seseorg itu bersikap panas baran dan bertindak di luar kawalan sehingga boleh mendatangkan kemudaratan terhdp diri sendiri juga pd org lain.

* Cepat berasa bosan
  Seseorg yang bjiwa kotor cepat berasa bosan terhadap sesuatu perkara y dilakukannya. Mereka tdk istiqomah dalam melakukan pekerjaan atau perbuatan lebih2 lg melibatkn kebaikan. Apabila rasa bosan melanda seseorang mnjadikan dirinya kurang sabar dan tdk bersemangat serta bertindak meninggalkn perkara tersebut.
Hassan al Banana pernah berkata " aku plg takut pada tentera aku ialah apabila dtgnya sifat bosan"

*  Resah dan gelisah berada tempat ibadat atau majlis ilmu

Menurut Imam al Ghazali tnda org yg sakit jiwanya apabila dia berada di tempat ibadat atau dlm majlis ilmu dirinya sntiasa resah dan gelisah ibarat burung yg terkurung di dalam sangkar. Seboleh2nya dia ingin keluar dr tmpat tersebut.
Org y terburu2 keluar usai solat bjemaah tanpa sempat bdoa bsama2 imam jg antara tnda diriny dijangkiti pnyakiti hati.

* suka kepada perkara keburukan

Org yg sakit jiwanya lbh terarah kpd perkara keburukan dan jauh dr kebaikan. Ini dsebabkan dlm jiwanya dselubungi dgn sifat2 mazmumah dan serg tdorong utk melanggar peraturan n perintah Allah.

Saturday, January 5, 2013

Di mana Islam?

Di manakah umat islam yg ramai dikala saudara seakidah kita terus diratah dan dilanyak? Dimana senjata canggih serta bala tentera dr negara islam yg hebat? Dimana para pemimpin Islam yg begitu hebat berbicara Islam yg begitu hebat berbicara bkenaan ekonomi dan memajukn negara?
.
Rasulullah saw bersabda yg bmaksud :
" Hampir tiba suatu zaman apabila pelbagai bangsa dan duia ini berkumpul mengerumuni kamu seperti orang kelaparan mengerumuni makanan"
Lantas para sahabt bertanya " adakah situasi ini disebabkan jumlah kami sedikit ketika itu?"
Baginda menjwab " Kamu ramai, tetapi keadaan kamu (umat islam) seperti buih di lautan dan Allah akan mencabut rasa gerun terhadap kamu daripada hati musuh~musuh Islam serta Allah akan melontarkn ke dlm hati - hati kamu penyakit Wahn"
Para sahabat bertanya lagi" apakah penyakit wahn tersebut wahai Rasulullah?"
Baginda menjelaskan " penyakit wahn ialah kamu terlalu cintakan dunia dan sangat takut mati" ~ riwayat ahmad dan abu daud.
Mukjizat Rasulullah dalam membicarakn perkara2 akn dtg... cukup jelas fenomena masyarakat islam sekarang..
Tetapi masih ada insan yg tpelihara dr sifat tersebut. Justeru antibodi keimanan mereka sntiasa kukuh dan rndukan mati syahid demi mempertahankan akidah. Mereka menyertai jihad mempertahankan saudara seagama dan berusaha mereliasasikan pelabagai cara spt perubatan kewanagan senjata dan sbgnya. Mereka terus istiqomah berusaha tanpa mempedulikan halangan yg terbentang kerana syiar mereka adalah 'menanh menewaskan musuh atau gugur syahid!'
Malangnya golongan ini telah dilabel dgn pelbagai tuduhan oleh yahudi sebagai pengganas, golongan ekstremis, fundalmentalis dan sbgnya...
Mudah2han islam akan kembali bersatu dan musush2 islam kembali gerun dgn Islam.

Sumber solusi Hindari dr Virus wahn.

Tuesday, November 20, 2012

PESANAN SYEIKH AHMAD YASIN(MAN OF PALESTINE)

 
Pesanan Syeikh Ahmad Yasin kepada para Pemuda dan Pemudi :

☛ Wahai anak-anakku, telah tiba saatnya kalian kembali kepada ALLAH swt dengan meninggalkan pelbagai keseronokan dan kealpaan kehidupan dan menyingkirkannya jauh daripada kehidupan kamu. Telah tiba saatnya kalian bangun dan melakukan solat subuh secara berjemaah. Sudah sampai saatnya untuk kalian menghiasi diri dengan akhlak yang mulia, mengamalkan kandungan al-Quran serta mencontohi kehidupan Nabi Muhammad saw.

☛ Aku menyeru kamu wahai anak-anakku untuk solat tepat pada waktunya. Lebih dari itu, aku mengajak kalian wahai anak-anakku, untuk mendekat diri kepada sunnah Nabi kalian yang agung.

☛ Para Pemuda, aku ingin kamu menyedari dan menghayati makna tanggung jawab. Kalian harus tegar menghadapi kesulitan hidup dengan meninggalkan keluh kesah. Aku menyeru kamu untuk menghadap ALLAH SWT dan memohon keampunan dari-Nya agar Dia memberi rezeki yang berkat kepada kamu. Aku menyeru kamu supaya menghormati orang yang lebih tua dan menyayangi orang yang lebih muda.

☛ Aku ingin kamu tidak tertidur oleh alunan-alunan muzik yang melalaikan, melupakan kata-kata yang menyebutkan cinta kepada manusia dan dunia serta menggantikannya dengan kata amal, kerja dan zikir kepada ALLAH. Wahai anak-anakku, aku amat berharap kamu tidak sibuk dengan muzik dan tidak terjerumus ke dalam arus syahwat.

☛ Wahai Puteriku , aku ingin kamu berjanji kepada ALLAH akan mengenakan hijab secara jujur dan betul. Aku meminta kamu berjanji kepada ALLAH bahawa kamu akan mengambil peduli tentang agama dan Nabi kalian yang mulia. Jadikanlah ibunda kamu, Khadijah dan Aisyah, sebagai teladan. Jadikan mereka sebagai pelita hidup kamu. Haram hukumnya bagi kamu untuk melakukan sesuatu yang boleh menarik perhatian pemuda supaya mendekati kalian.

Masjid / Surau - WaJibkah?

Baru - baru ni jadi isu bila sahabat saya mention di FB soal kewajipan orang lelaki bersolat di masjid/surau.. and menariknya pagi ni dengar dekat di ikim.fm perjelaskan soalan ini walaupun umum tapi saya rasa menarik sebab kebanyakan kaum adam kurang paham hal ini melainkan orang2 itu memang ahli masjid/surau.

Masjid dan Surau klu diikutkan sama je.. klu dekat arab cuma da masjid n bilik sembahyang kecik (MUSOLLA).. so klu g surau memang kena wat tahiyatul masjid.. sebelum tu saya share few adab memasuki masjid/surau (obviously ramai yang tak amik berat benda ni). klu gi setengah masjid ada dia tampal Adab2 di masjid.

ADAB MASUK MASJID


1.Suci dari Hadas Besar dan Kecil.
2. Membuka kasut dan masuk dengan mendahulukan kaki kanan. Ketika masuk masjid, Rasululah mengajar kita membaca doa " Ya Allah, bukakanlah untukku pintu RahmatMu "
3. Memberi salam kepada sesiapa yang berada didalam masjid, sekira tiada orang dalam masjid tersebut maka ucapkanlah: " Selamat keatas kami dan atas hamba Allah yang solih"
4.Jangan pula lupa niat itikaf…
5. Mengerjakan solat sunnah Tahiyatul Masjid ( Menghormati Masjid ), ganti dengan tasbihat 4 X bila ada kuliah berjalan.(source http://fendysardi65.blogspot.com/2012/02/adab-masuk-masjid-1.html)

saya share sikit hadis2 Rasulullah mengenai solat di masjid/surau..


  • Rasulullah s.a.w. bersabda, Apabila kamu melihat lelaki yang melazimkan berulang-alik ke masjid, maka Islamlah dia (ada iman dalam hatinya). -  Riwayat dari Abi Sa’id Al-Khudri

  • “Dari Ibnu Mas’ud r.a, ia berkata, “Sesungguhnya Rasulullah S.A.W mengajari kami sunnah-sunnah (jalan-jalan petunjuk dan kebenaran) dan di antara sunnah-sunnah tersebut adalah sembahyang di masjid yang dikumandangkan azan di dalamnya.” -  Riwayat Muslim

  • Sabda Rasulullah s.a.w.: Seberat-berat sembahyang atas para munafiqin ialah sembahyang Isyak dan sembahyang subuh. Sekiranya mereka mengetahui apa yang terkandung di dalam dua sembahyang berkenaan, tentulah mereka akan mendatanginya walaupun dalam keadaan merangkak. Demi Allah, sesungguhnya mahu sahaja aku memerintahkan orang mendirikan sembahyang berjamaah bersama para hadirin, kemudian aku pergi dengan beberapa yang membawa kayu api kepada orang yang tidak menghadirinya, lalu aku bakar rumah-rumah mereka, sedangkan mereka berada di dalamnya.  - Riwayat Bukhari & Muslim dari Abu Hurairah

  • Tidak ada tiga orang (lelaki) dalam sesebuah kampung atau sesebuah desa yang tidak mengerjakan sembahyang berjemaah, melainkan mereka (mudah) dikuasai oleh syaitan (dengan menjadikan mereka mencuaikan perintah syara’); oleh itu hendaklah engkau sentiasa menyatukan diri dengan jemaah (kerana dengan itulah sahaja engkau akan selamat dari angkara syaitan) - Riwayat Imam Ahmad.

  • Rasulullah bersabda "Sesiapa yang telah berwuduk dengan cara yang baik, kemudian terus ia menuju (ke masjid) tetapi didapati orang ramai telah selesai dari bersembahyang (jemaah) Allah swt akan mengurniakan kepadanya pahala (solah jamaah) sama dengan mereka yang hadir berjemaah, dengan tidak mengurangkan sedikit pun pahala (solah) jemaah mereka" dr Abu Hurairah

KLu ikutkan  mazhab ;-


# Dalam mazhab Syafie hukum sembahyang berjemaah adalah Fardu Kifayah, ke atas semua lelaki yang mampu, namun apabila ada sekumpulan yang melakukankannya, gugurlah kewajipan itu.

# Dalam mazhab Hambali, hukum sembahyang berjemaah bagi lelaki ialah Fardu Ain.

#  Mazhab Hanafi dan Maliki pula berpendapat hukum sembahyang jemaah ialah Sunat Muakkad berdasarkan hadis yang mengatakan sembahyang jemaah itu sunnatul huda (sunnah petunjuk).
Leh rujuk http://nasbunnuraini.wordpress.com untuk futher info.

Kata ustaz Halim Din..


Orang yang beriman hatinya terikat ke Masjid.. Banyak sangat pahala bila beribadat di masjid.. Masjid sepatutnya dijadikan tempat istirehat sambil beribadat.. selain solat dan membaca al quran antara sunnah Rasulullah yang digalakkan adalah beriktikaf.. Ape iktikaf? Iktikaf bermaksud bertafakur dalam masjid mencari keredaan Allah S.W.T.. iktikaf x semestinya bulan puasa je.. Selama kita beriktikaf dan menanti ke solat seterusnya, ia dikira sebagai suatu ibadat dan didoakan oleh para malaikat. Iktikaf ni sunat muakkad.. sunat yang digalakkan.

Sabda Rasulullah SAW.: “Para Malaikat sentiasa mendoakan seseorang kamu, selagi ia tetap di tempat solatnya, sehingga wuduknya batal ataupun ia bercakap.” Para Malaikat itu memohon: “Ya Allah! Rahmatilah dia; Ya Allah! Kasihanilah dia; Ya Allah! Ampunilah dosanya”.

Kata Ustaz Halim Din lagi semua amalan yang kita buat di Masjid akan disaksikan oleh masjid. kat akhirat nanti masjid akan jadi saksi. Orang yg beriman akan beramal dengan amalan ahli2 masjid atau ahluddin..
Dalam surah At Taubah Ayat 18 (9: 18) "Sesungguhnya yang memakmurkan masjid Allah hanyalah orang - orang yg beriman kepada Allah dan hari kemudian....."

So kesimpulannya antara tanda orang beriman adalah orang memakmurkan rumah Allah.. Memang xde satu hadis yang mewajibkan Kaum Adam untuk bersolat di Masjid.. tapi adalah suatu yang digalakkan. bagi saya, kita leh meletakkan value seorang muslim dengan mata kasar kepada seseorang melalui tindakannya..kat sini value sorg muslim kekerapannya join berjemaah di Masjid. Klu selalu bersolat di masjid Insha Allah orang nya baik. Klu tak baik pun, dengan terus mencari kebaikan dia boleh jadi baik. Klu semua org ambil mudah tentang imarahkan Rumah Allah, alamatnya senyap sunyi la Rumah Allah. Hidup kitakan nak ari Redha Allah, mana tempat lagi aman selain dari Rumah Allah.. So jangan persoal wajib ke tidak persoal nak jadik mukmin yg baik ke tidak.. mukmin yang baik menghidupkan sunnah Rasulullah.. even sy personally saya tersangat suka klu suami sya abiskan masa di Masjid.. klu dia malas saye pujuk suh g.. dapat pahala gak jd isteri sebab ajak suami ke arah kebaikan.. n klu ade kuliah dia kongsikan bersama saye.. kan indah hidup bersyariat.. Mudah2 han dengan sikit ilmu sy share dapat dimanfaatkan.. :-)