Sunday, November 22, 2015

Perkongsian Nota Usrah - Al Quran dan Kelebihannya

Usrah bersama UstazahTeh Ros Izanuri
: Tujuan Usrah ingat mengingati.
Mukadimah. 
Hari jumaat adalah hr raya bg para sahabat. 
❄Kelbihan mbc al kahfi pd mlm jumaat. 
❄Memperbanyakkan selawat ke atas nabi. 
❄Pahala mmbaca al quran dan bramal ibadat pd hr jumaat blipat kali gnda. 
❄Elak buat maksiat pd hr jumaat -rugi.

AL QURAN DAN KELEBIHANNYA

Al Hijr ayat 9.(muka hadapan Al quran) 
(9). إِنَّا نَحْنُ نَزَّلْنَا الذِّكْرَ وَإِنَّا لَهُ لَحَافِظُونَ
Sesungguhnya Kami-lah yang menurunkan Al Qur'an, dan sesungguhnya Kami benar-benar memeliharanya.

Alquran - Allah pelihara. 
❄Smpai satu ms Al quran akan diangkat oleh Allah, bila dtnya kenapa manusia mmbca al quran tp tdk mnghayati.
❄Para hafiz (penghafaz al quran)- ckup jaga pemakanan elak syubhah,  dan segera bertaubat..  Mudah mnghafal al quran bg anak2 y msh kecil.  Hati bersih. Ajar ank2 n hntar ank2 tmpat hafal al quran.

Keutamaan membaca al quran. 
❄Org y mmbaca al quran akan blapang dada dan tdk berhasad dengki dengan org lain refering hadis at tabrani.
Org y mmbc al quran akhlak kena spt org y mmbc al quran..
❄Lisan itu adalah akhlak. ❄Kebersihan itu adalah akhlak.
❄Akhlak nabi adalah quran. 
❄Dlm jemaah lbh mbentuk akhlak y mulia.. 
❄Bukan skadar mmbc tp meneliti dan mengamalkn al quran.

Seutama2 ibadat umatku ialah mmbc al quran.. 
Al quran panduan pd umat islam.
Fadhilat tahajud dispertiga malam
- cepatkn jodoh dan hajat. 
- elakkan kanser.

Tips elak azab kubur - alif lam tanzil(as sajadah) dan almulk. 
Lebih baik hafal al mulk.

Hadis y bmksud : Sebaik2 umat,  org y blajar al quran dan mengajar al quran. 
❄Maksud hadis Ilmu y dsmpaikn merangkumi semua ilmu y bkaitan dgn al quran tmsk fiqah,  sirah,  sains,  geo, astronomi.. 

Hiasilah al quran dgn suaramu. 
❄Melunakkan suara ketika mmbaca al quran..  
❄Menangis bila tiba ayat y menggerunkan. (perlu kpd pemahaman bhasa arab) 
❄Waktu solat y boleh ayat yg pnjg,  dan ayat pendek. 
Maghrib - surah pndek. 
Subuh - surah pnjg + wirid pnjg (fadhilat sehingga ke dhuha)
Kami trunkan al quran sbg syifa atau penawar dan rahmat (berkat) dlm khidupan. 
❄Boleh refer buku tg haron din,  ayat2 al quran sbg pnawar bg semua penyakit... Ada kaitan.
Allah menilai hati kita.

Hidupkan biah dlm rmhtgga..  Dgn solat,  al quran. Al quran bawa kberkatan dlm rmhtangga. 
❄Sujudlah kamu disetiap pnjuru rumah. Solat berjemaah dan solat dimana2 dlm rumah. Jgn tinggalkan blk ank y msk asrama lama2. 
Hidupkn rmh dgn amal ibadat.
❄Baiti jannati. Rumahku syurgaku

"Ibnu mas'ud- jika kamu ingin mencari ilmu,  selidiklah al quran maka kamu akan temui ilmu org terdahulu dan yg terkemudian."
Cth : kisah Nabi Musa,  Yusuf dan zulaiha..  Yakjuj makjuj, sains.
Tidak dikatakan beriman kita menghalalkn y haram,  mngharamkn y halal. Apa y al quran n hadis kata haram n halal remain. 
❄Cth xmahu menutup aurat krana bpkiran tdk wajib atau yg bkata hudud itu tdk relevan - tdk sempurna imannya.
Warak dtg dr akhlak. Akhlak dtg dr iman. 
❄Fathi yakan  dlm buku apa erti saya menganut agama islam. Org warak tak buat bnda syubhah.
Yg halal dan haram it jelas, dan diantaranya ialah syubhah. 
Solat mencegah dr kemungkaran. Kita berinteraksi dgn Allah melalui al quran.

Surah taubat ayat 24.
Katakanlah: "jika bapa-bapa, anak-anak, saudara-saudara, isteri-isteri, kaum keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu khawatiri kerugiannya, dan tempat tinggal yang kamu sukai, adalah lebih kamu cintai dari Allah dan Rasul-Nya dan dari berjihad di jalan-Nya, maka tunggulah sampai Allah mendatangkan keputusan-Nya". Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik.

❄Meletakkan kecintaan pd Allah dan Rasul dahulu,  Allah berikan lbh dr penyembuhan. 
❄Amalkan ayat ni klu nak penyembuhan dr Allah.

Adab membaca al quran
❄Berwudhuk. (mmbc al quran tafsir tanpa wdhuk kurg pahala) 
❄Mengadap kiblat.
❄Menutup aurat. 
(tidak menutup aurat dgn smpurna tdk mengapa tp pahalanya quran.

Hendakkan kasih syg manusia, dpt cinta Allah dlu.

Blajar mengenai tafsir al quran,  alquran dkuatkan dgn hadis. 
Cth : bab aurat Allah mntion hndaklah kamu mlabuhkn kerudung mu. 
❄Dlm hadis - nabi pesan pd asma wanita itu adalah aurat kecuali muka dan tapak tgn. 
❄Dlm mazhab hanafi - kaki bkn aurat. Mazhab syafie - aurat. 
❄Mazhab hanafi - bsentuhan suami isteri berwudhuk tdk batal.
Tafsir y mudah utk beginners. 
❄Furqan. Keluaran telaga biru.
❄Ibnu katsir. 
❄Qurtubi.

Wallahualam
UA. 20/11/2015

Thursday, November 27, 2014

Pesanan Imam Shafie

Sebelum Imam Shafie meninggal dunia, beliau sempat mengajak sahabat-sahabatnya agar membuat perubahan jiwa ke arah yang lebih baik.

Beliau menyebut bahawa barangsiapa yang ingin meninggalkan dunia dalam keadaan selamat, maka lakukanlah 10 perkara:

1. Hak kepada diri
iaitu dengan mengurangkan tidur,mengurangkan makan, mengurangkan percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.

2. Hak kepada Malaikat maut
iaitu menqada’kan segala kewajipan yang tertinggal dengan memohon maaf daripada orang yang dizalimi, membuat persiapan untuk mati dan merasa cinta kepada ALLAH s.w.t.

3. Hak kepada kubur 
iaitu membuang tabiat suka menabur fitnah, jangan suka kencing merata, memperbanyakkan solat tahajjud dan membantu orang yang dizalimi.

4. Hak kepada Malaikat Mungkar dan Nakir
iaitu jangan berkata dusta, sering berkata benar, meninggalkan maksiat dan memberi nasihat.

5. Hak kepada Mizan
iaitu menahan kemarahan, banyakkan berzikir, ikhlas dalam amalan dan sanggup menanggung kesulitan.

6. Hak kepada titian sirat
iaitu buang tabiat suka mengumpat, wara’, bantu orang beriman dan hidup dalam suasana berjamaah.

7. Hak kepada Malaikat Malik
iaitu menangis lantaran takutkan kepada ALLAH s.w.t. membanyakkan sedekah, membuat kebaikan kepada ibubapa dan memperbaiki akhlak.

8. Hak kepada Malaikat Ridwan
penjaga syurga, iaitu redha kepada qada’ ALLAH s.w.t. sabar menerima bala’ dan bertaubat.

9. Hak kepada Rasulullah s.a.w.
iaitu dengan sering bersalawat kepada baginda, berpegang kepada sunnahnya dan bersaing mencari kelebihan dalam beribadah.

10. Hak kepada ALLAH
iaitu mengajak manusia kepada kebaikan, mencegah manusia daripada melakukan kemungkaran, bencikan kepada sebarang maksiat dan tidak melakukan kejahatan.
________________________________________
"Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya ALLAH, bahawasanya telah aku sampaikan risalah." 

Sunday, March 2, 2014

Ilmu hadis

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم 
TAZKIRAH HARI INI...
Ilmu Hadis ?

Setiap sesuatu yang berlaku pasti ada hikmahnya. Bila timbul isu anti hadis, maka timbullah minat masyarakat untuk mengetahui ilmu tentang hadis. Mamahami ilmu hadis, membolehkan kita beramal dengan hadis yang sahih, menolak tuduhan golongan anti hadis dan dapat mengetahui unsur-unsur israilliat dalam pentafsiran Al-Quran.

Apakah pengertian Hadis? Hadis ialah perkataan, perbuatan, perkhabaran, taqrir dan sifat yang disandarkan kepada Rasulullah s.a.w. Diantara fungsi hadis ialah mengukuhkan hukum yang telah ditentukan di dalam Al-Quran, mentafsir ayat Al-Quran yang mujmal, mentaqyidkan ayat Al-Quran yang mutlak, mentakhsiskan ayat Al-Quran yang umum dan menetapkan hukum yang tiada dalam Al-Quran. Terdapat begitu banyak pembahagian hadis dan jenis-jenisnya, antaranya ;

1. Apakah makna Hadis Qudsi ? Ialah sesuatu yang dikhabarkan oleh Allah kepada Rasulullah s.a.w melalui ilham atau mimpi kemudian baginda menyampaikan dengan menggunakan perkataan baginda sendiri. Contoh :

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ، أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: ” قَالَ اللَّهُ: أَنْفِقْ يَا ابْنَ آدَمَ، أُنْفِقْ عَلَيْكَ
Diriwayatkan dari Abi Hurairah r.a, sesungguhnya Rasulullah saw bersabda, “Allah SWT berfirman, berinfaklah wahai anak adam, (jika kamu berbuat demikian) Aku memberi infak kepada kalian."
(HR : Bukhari dan Muslim)

2. Hadis Mutawatir ialah hadis yang sahih yang diriwayatkan oleh ramai sahabat. Diantara syarat-syarat Hadis Mutawatir ialah diriwayatkan oleh perawi yang ramai yang mencapai satu tahap mustahil untuk mendustakan hadis Rasullah s.a.w. Jumlah perawi seimbang pada setiap peringkat dan hadis diterima melalui pendengaran dan penglihatan. Maka, kita wajib beriman dengan Hadis Mutawatir dan menolaknya adalah jatuh kafir @ kufur.

3. Hadis Ahad pula ialah hadis yang diriwayatkan oleh seorang perawi atau dua orang atau lebih yang tidak memenuhi syarat-syarat Hadis Mutawatir. Hukum beramal dengan Hadis Ahad ialah wajib beramal dan berhujah pada setiap Hadis Ahad tetapi tidak kufur sesiapa yang menolaknya.

4. Masih ada lagi jenis hadis seperti Hadis Aziz, Hadis Gharib dan Hadis Masyhur. Hadis Aziz ialah suatu hadis yang diriwayatkan oleh dua orang perawi pada setiap peringkat manakala Hadis Gharib ialah suatu hadis yang diriwayatkan oleh seorang perawi pada mana-mana peringkat sanad. Hadis Mashyur pula ialah hadis yang diriwayatkan oleh tiga orang perawi @ lebih pada setiap peringkat tetapi tidak sampai had dan tahap Hadis Mutawatir.

5. Bagaimana pula dengan Hadis Sahih, Hadis Hasan dan Hadis Dhaif ? Hadis menjadi Hadis Sahih sekiranya menepati syarat Hadis Sahih seperti perawi bersifat adil, bersambung sanad, tiada syaz, tiada I’llah dan bersifat dhabit (kuat ingatan). Sekiranya kurang satu daripada syarat-syarat di atas jatuhlah dia sebagai Hadis Hasan. Walaubagaimanapun, kedua-dua martabat hadis ini wajib beriman dengannya dan hadis ini boleh dijadikan hujah. Sifat perawi yang adil adalah islam, baligh, berakal, tidak fasik dan tidak melakukan perkara yang menjatuhkan maruah diri.

6. Hadis Dhaif pula merupakan hadis yang lemah. Walaupun begitu, kita dibolehkan untuk beramal dengan Hadis Dhoiif tetapi hadis ini tidak boleh dijadikan hujah. Cara untuk beramal dengan Hadis Dhaif ialah hadis itu mestilah berkaitan dengan fadhailul amal (fadhilat beramal) sahaja, faktor kedhaifan bersifat sederhana dan mafhum Hadis Dhaif ada pada nas-nas syara' yang sahih.

7. Hadis Maudhu’ ialah hadis palsu, apa-apa yang direka dan disandarkan kepada Nabi saw atau selainnya dari segi perkataan, perbuatan, pengakuan atau sifat baginda tetapi secara dusta.

KESIMPULAN :
Sekurang-kurangnya selepas ini, apabila disebut hadis kita tahu serba sedikit. Bukan semestinya kita wajib ingat semuanya, memahami sudah memadai sebagai seorang yang mengaku dan disahkan Islam dalam IC !
Wallahu a'lam

#KopiTepekDariWassap.

Monday, January 27, 2014

Kekuatan rohani benteng perjuangan

Kekuatan Rohani Benteng Perjuangan.
Idris Hj Ahmad
23/1/14

Jangan lupa diri kita sebagai pendakwah dan ahli gerakan Islam wajib melihat ke dalam diri kita dengan melakukan muhasabah yang sepatutnya supaya ada ketahanan diri di dalam berdakwah. Mungkin kita mampu menghadapi musuh di luar, tetapi gagal berhadapan dengan musuh di dalam diri sendiri, iaitu lonjakan nafsu yang berkiblatkan syaitan sehingga merosakan amal Islami kita. Peringatan  Allah di dalam al-Quran Surah Al Baqarah ayat 44 yang bermaksud "Patutkah kamu menyuruh manusia supaya berbuat kebaikan sedang kamu lupa akan diri kamu sendiri; padahal kamu semua membaca Kitab Allah, tidakkah kamu berakal?"

Kita tidak mahu tergolong dari kalangan mereka yang disebut di dalam ayat di atas. Memang menjadi lumrah kehidupan manusia selalu lupa diri sendiri. Kita hanya nampak kelemahan orang lain sedangkan lupa terhadap diri sendiri. Kita tidak mahu kuman seberang laut nampak, sedangakan gajah di hadapan mata kita tidak nampak. Ibrahim Adham seorang ulamak Sufi di kota Basrah, pernah ditanya kenapa doa kita tidak diterima. Jawabnya " Kamu hanya nampak aib orang tetapi kamu tidak nampak aib sendiri".

Kita tidak mahu amal kita sia-sia sahaja di akhirat kelak, walau pun atas dunia kita bersungguh-sungguh berusaha, walhasilnya di sisi Allah kosong. Biarlah kita bergerak di atas paksi yang betul semoga Allah menerima amal kita dan dinilai sebagai amal soleh di akhirat kelak.

Firman Allah SWT  bermaksud "Iaitu orang-orang yang telah sia-sia amal usahanya dalam kehidupan dunia  ini, sedang mereka menyangka bahawa mereka sentiasa betul dan baik pada apa sahaja yang mereka lakukan" Surah al-Kahfi:104

Jika rohani kosong maka manusia akan bercakap dengan lidah tetapi tidak bercakap dengan ketulusan hati. Lidahnya petah berbicara kerana latihan pidato yang diterima, tetapi dari segi hakikatnya kosong sahaja. Bicara beliau bukan dengan ruh, tetapi penuh dengan lakunan dan sandiwara yang sarat dengan matlamat dunia, bukan mahu mencari keredhaan Allah SWT. Allah memberi amaran kepada golongan ini, yang bermaksud
"Wahai orang-orang yang beriman ! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya!. Amat besar kebenciannya di sisi Allah, kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya" ( Surah al -Saf: 2-3).

Kita mesti mentarbih diri kita  untuk beramal dengan apa yang kita cakap, walau pun ianya sukar dicapai di dalam masa yang singkat. Ia tidak dapat dibentuk di dalam satu malam, tetapi ia adalah proses berterusan yang berpanjangan. Sebab itu di dalam nizam tarbiah Pas, unsur ini menjadi salah satu daripada perkara yang diberi penekanan di dalam tarbiah Pas. Ini bukan bermakna setiap ahli Pas terpaksa menunggu sehingga ia menjadi insan kamil yang mutlak baru ia hendak berjuang. Sebaliknya perkara ini berjalan seiring. Ketika kita melaksanakan dakwah kepada jalan Allah, kita juga mesti mempertingkatkan hubungan dengan Allah dengan melaksanakan program tarbiah tazkiah al-nafs. Jika kita mahu tunggu sehingga kita menjadi manusia yang sempurna, maka sudah tentu tidak ada dakwah di atas muka bumi ini. Ertinya kita berjuanglah sehingga diri kita menjadi manusia yang sempurna , bukan mahu menunggu kita menjadi sempurna baru kita mahu melaksanakan dakwah.

Peringatan Nabi SAW sepatutnya memberi kegerunan kepada kita yang mengajak orang lain, tetapi kita sendiri mengabaikannya. Waliyazubillah.  Bermasud
"Didatangkan seorang lelaki pada hari kiamat, dia dicampakkan ke dalam neraka, tiba-tiba perutnya keluar berjela-jela, maka dia berpusing-pusing di dalamnya seperti keldai yang berpusing-pusing pada penunggalnya, penghuni neraka berkumpul kepadanya lalu bertanya; tidakkah awak dahulu menyuruh kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran?. Dia menjawab :"Ya ! Saya yang menyuruh orang kepada kebaikan tetapi saya tidak mengerjakannya dan saya juga melarang daripada kemungkaran tetapi saya melakukannya"

Kita mesti mentarbiah diri kita supaya sampai kepada tahap Ihsan hasil daripada amalan taqwa kita kepada Allah SWT. Ertinya kita sentiasa berjaga-jaga di dalam tindakan kita, walau pun ketika bersendirian. Kerana Allah sentiasa memerhatikan kelakuan dan tingkah laku kita. Inilah menjadi hikmah kenapa Allah SWT menyuruh hambanya melakukan ibadah sunat terutama qiamullail. Bangun ketika manusia lain sedang nyenyak tidur. Waktu malam yang sunyi daripada kesibukan dunia. Semua ini hendak melatih diri menjadi manusia yang mencapai darjat ihsan. Sabda Rasulullah SAW bermkasud
"Bahawa engkau menyembah Allah seolah-olah engkau melihatNya, maka jika tidak melihatNya maka dia melihat engkau".

Sesungguhnya mencari jalan untuk menyuburkan hubungan dengan Allah SWT tidak boleh dianggap ringan. Kerana ia merupakan  satu kekuatan dalaman bagi melahirkan peribadi yang unggul sebagai memenuhi syarat anggota gerakan Islam. Mereka yang kosong hubungan dengan Allah, perjuangannya sia-sia sahaja. Kekuatan luar biasa akan diperolehi oleh seorang anggota harakah Islamiah apabila ia mantap dengan bekalan ini. Musuh kaku dan tidak bermaya untuk menghadapi beliau, kerana aura yang terdapat kepada dirinya. Kalamnya menyusuk hati, wajahnya berseri penuh dengan ketenangan.

Sunday, December 22, 2013

Dracula vs Muslims



antara Tamadun plg sy suka Uthamaniyah.. Ni cerita tentang Dracula.. oftenly kita kenal dracula sebg vampire.. sebenarnya dracula he is a real man di zman SUltan Muhammad Al Fateh.. boleh tgk kat utube. pernah sula sebanyak 20,000 tentera islam. Nama asal Dracul - setan dracula anak setan maksudnya,,

Wednesday, November 27, 2013

Hadis: Syurga Itu Dikelilingi Oleh Segala Yang Dibenci Oleh Nafsu Dan Neraka Itu Dikelilingi Oleh Segala Yang Disukai Oleh Nafsu.

Kuliah Maghrib Bulanan di Surau At-Taqwa, Seksyen 7 Shah Alam Selangor.


hokum mukallaf... jum dengar

Hijrah! jom


Ceramah dari ustaz Abdullah khairi http://www.youtube.com/watch?v=VJF1GjI-om4.

ahmad ammar dalam kenangan... perjuangan yang terbaik

http://www.youtube.com/watch?v=HIR30U3E9sE

Thursday, November 7, 2013

Hidayah Allah (EBIT LIEW)

Di tempat saya dulu ada seorang ketua samseng. Kumpulan dia besar juga. Dia biasa buat semua kejahatan. Tiada kejahatan yang dia tidak buat.

Isterinya orang yang ada sedikit fikir agama. Setiap hari berdoa untuknya. Isterinya jaga solat dan berdoa untuk suaminya. Suaminya minum arak, jual perempuan dan benda haram.

Ramai orang biasa kenal dengannya. Orang agak takut nak buat hal dengan beliau. Di tangannya ada tatu sebelum ini.

Satu hari dia di dakwah bersama amalan masjid dan dakwah.

Dia mula berubah. Isterinya sangat gembira dan mereka bersama-sama berdakwah. Isteri dan semua anak perempuannya pakai purdah.

Isteri dia semakin kuat dalam dakwah. Menyokong dan bersama suaminya.

Satu hari beberapa tahun yang lalu isterinya meninggal setelah pulang dari perjalanan dakwah. Dia sangat rapat juga dengan saya. Sehingga kini dia terus berjuang untuk agama dan anak-anak perempuannya ramai yang dah berkahwin.

insyaAllah isterinya pasti sedang menantinya dan gembira saat bertemu kembali insyaAllah.

Suaminya semakin sibuk dengan dakwah walaupun sudah tua dan badan yang banyak sakit-sakit dan bertongkat.

Siapa tahu, doa siapa yang Allah suka dan terima asbab kita semua mendapat hidayat dan kebaikan. Ini semua kasih sayang Allah yang maha luas dan maha tinggi.

Nabi saw tidak pernah putus mendoakan kita. Marilah kita terus mencari kebaikan umat ini dan berdoa untuk umat ini.

Menangis dan terus menangis dan terus menangis dan terus menangis kerana tiada apa yang kita telah buat. Sehingga saya habiskan 30 tahun tapi cinta dan kerinduan pada Allah belum benar-benar hadir. Ia tidak hadir kerana kita jahil apa yang bernilai sebenarnya dalam hidup ini sehingga kita kita lupa harga diri kita.

Ada orang sangka harga diri mereka duit banyak. Ada orang jual dan gadaikan diri mereka kerana kuasa. Ada demi nama dan kemashuran. Alangkah hinanya. Habiskan seluruh hidup, tumpuan, diri, harta dan masa untuk semua itu.

Nilai kita hanyalah cinta dan redha Allah..Nabi saw dan sahabah berjuang habis-habisan untuk cinta Allah...-ebit lew yang berdosa


sumber ustaz ebit liew facebook

Saturday, October 19, 2013

10 Pesanan Imam Al Banna

10 Pesanan Imam Al Banna :

1. Apabila mendengar azan maka bangunlah sembahyang serta-merta walaubagaimana keadaan sekalipun.

2. Bacalah al-Quran, tatapilah buku-buku ilmu, pergilah ke majlis-majlis ilmu, dan amalkanlah zikrullah dan janganlah membuang masa dalam perkara yang tiada memberi faedah.

3. Berusahalah untuk bertutur dalam bahasa Arab Fushah kerana bahasa Arab yang betul itu adalah syiar Islam.

4. Janganlah bertengkar dalam apa-apa perkara sekalipun kerana pertengkaran yang kosong tiada memberi apa-apa jua kebaikan.

5. Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi tenteram.

6. Janganlah banyak bergurau kerana umat yang sedang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh dalam setiap perkara.

7. Janganlah bercakap lebih nyaring daripada kadar yang dikehendaki oleh pendengar kerana percakapan yang nyaring itu adalah suatu perbuatan yang sia-sia malah menyakiti hati orang.

8. Jauhilah daripada mengumpat-umpat peribadi
orang, mengecam pertubuhan-pertubuhan, dan janganlah bercakap melainkan apa- apa yang memberi
kebajikan.

9. Berkenal-kenalanlah dengan setiap Muslim yang ditemui kerana asas gerakan dakwah ialah berkenalkenalan dan berkasih-sayang.

10. Kewajipan-kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada pada kita, oleh itu gunakanlah masa dengan sebaik-baiknya dan ringkaskanlah perlaksanaannya.

Wednesday, October 16, 2013

Keropok Air dan Dakwah - Ustaz Ebit Liew

Seorang sahabat saya masa belajar di London. Masa dia berdakwah waktu petang dia terjumpa dengan sekumpulan pendakwah agama lain. Mereka jeling jer. Sahabat saya senyum jer dan bersalaman dengan mereka.

Beberapa kali berselisih dengan mereka. Satu malam beberapa orang datang ke rumahnya di waktu malam sejuk dan mula berdakwah padanya. Cerita tentang agama mereka. Kawan saya goreng keropok yang dia bawa dari terengganu dan buat air beri pada mereka. Mereka makan dan sahabat saya goreng lagi dan tambah makanan. Kawan saya dengar sungguh-sungguh dan wajah manis.

Habis mereka cakap kawan saya kata terima kasih kerana perasaan ambil berat dan datang rumah saya diwaktu malam. Setelah berjam-jam mereka cerita dan tamat. Bila mereka nak balik kawan saya hanya cakap 10 minit pasal sains dan Al-Quran. Banyak teori sains yang baru ditemui dalam era ini beberapa ratus tahun ini telah ditemui dalam Al-Quran 1400 tahun yang lampau. Kajadian manusia. Alam. Matahari, sistem alam dll. Jika Al-Quran ditulis oleh manusia. Sesungguhnya itulah perkataan Tuhan yang esa yang menciptakan semuanya. Itulah kebenarannya.

Setelah itu kawan saya bekalkan mereka sedikit makanan dan keropok dari kampungnya. Dia bagi semua sekali yang dari kampungnya. Dia doa malam itu dan setiap kali berselisih dengan mereka. Mereka baik tapi atas jalan yang salah.Ya Allah berilah hidayah kepada mereka.

Esoknya seorang dari pendakwah agama lain yang datang semalam datang lagi ditengah malam dan dia peluk Islam dengan syahadah dengan kawan saya.. 

Katanya, saya sudah lihat kebaikan Islam ini dalam Al-Quran ini.Itulah perkataan Allah. Saya cuma tunggu adakah ia mampu dilakukan oleh orang Islam hari ini. Saya jumpa dan lihat tuan dibandar ini dan mulakan dakwah walaupun masih belajar. Tuan berani tapi penuh kasih sayang. Kawan-kawan saya kata jika semua orang Islam berakhlak macam tuan. Senyuman, keropok, air yang tuan buat sungguh ..Pasti semua orang akan datang pada Islam.

ya Allah aku pohon dengan kasih sayangMu. Ampunkan dosa kami orang Islam kerana meninggalkan dakwah dan akhlak Nabi saw. Ya Allah berilah hidayat kepada semua orang Islam untuk bangkit atas kerja Nabi saw. 

Satu hari Nabi saw selalu disimbah dan dibaling dengan kotoran. Satu hari wanita yang menzalimi Nabi saw itu sakit. Nabi saw ziarah dan bawa makanan untuk wanita tua itu. Wanita tua itu menangis dan minta maaf kerana telah membuat keburukan yang besar pada Nabi saw. Wanita itu tanya apa yang kamu mahu wahai Muhammad. Sabda Nabi saw, lebih kurang maksudnya, aku ingin kamu berjaya dunia dan akhirat dengan mengaku tiada tuhan melainkan Allah. Dan Muhammad itu Hamba dan Rasulnya. Wanita itu terus beriman...

Itulah seorang Rasul saw yang kami rindui.Semoga Allah jadikan saya dan kita semua Al-Quran yang bergerak.....-..

-ebit lew yang jahil dan berdosa.


sumber fb ustaz ebit liew

Wednesday, October 9, 2013

Ceritera - Musibah dan Hidayah

Seorang sahabat saya menceritakan setelah dia pulih dari lumpuh separuh badan.

Awal hidup dia sangat baik dengan dakwah dan amalan agama.. Satu hari dia lalai dan sibuk sangat sampai habis amalan agama. Tiada lagi dakwah dan pengorbanan untuk agama. Perasaan terlalu sayang pada isteri dan anak maka dia ingin memenuhkan keperluan keluarga sehingga terlupa amalan agama.

Masa dia jatuh sakit, Allah beri rezeki yang tidak disangka pada anaknya. Masa sakit, dia pernah kata jika sihat dia akan terus berjuang untuk dakwah dan makmurkan masjid.

Allah takdirkan penyakit beransur pulih dalam masa 3 tahun. Kini telah sihat sepenuhnya. Dia sangat dekat dengan Allah dan begitu hebat amalannya.

Pukul 3.30 pagi dengan tahajud dan amalan lain sampai bila azan Subuh mesti sudah berada di masjid. Selepas Subuh baca Al-Quran sampai Dhuha. 4 jam lebih kurang. Selepas Asar sampai isya di masjid dengan dakwah dan ziarah. Selepas Isya amalan bacaan QUran dan Hadis bersama keluarga sampai 10 malam.

Sayangnya Allah pada dia. Kadang-kadang dalam hidup ini, Allah beri musibah atau sakit untuk kita kembali pada Allah. Masa sakit, kita selalu ingat mati dan kata Ya Allah. Ya Allah.Jika semuanya seperti kita nak, kita rasa kitalah segalanya. Depan Allah masih rasa diri hebat dan lupa dan sombong. Kerana itu tak menangis dan tak merayu padanya.

Satu masa bila kita susah barulah keluar dari hati melalui mulut kita. Ya Allah tolonglah, tak tahu nak buat macam mana? Masa tu Allah buka jalan buat kita.

Ya Allah tolonglah. Ya Allah bukan itu, bukan ini. Hanya kau Ya Allah. Ya Allah hanya kau. Ya Allah kasihanilah kami pendosa ini. Ya Allah tuhan kami, ampunkan dosa kami semua.


sumber FB Ustaz Ebit Liew

Friday, October 4, 2013

PERBEZAAN AQIDAH AHLI SUNNAH DAN SYIAH


BIL
AHLI SUNNAH
SYIAH
1
Al-Quran adalah terpelihara dan bebas daripada kekurangan mahupun penyelewengan.
Al-Quran yang ada sekarang ada kekurangannya dan terseleweng.
2
Beriktiqad bahawa penafsiran Al-Quran hendaklah berpandukan pada apa yang datang daripada Nabi SAW.
Berpendapat penafsiran Al-Quran hendaklah berpandukan daripada apa yang telah diriwayatkan ahli al-bait dengan riwayat-riwayat yang mencela para sahabat dan mendakwa Imam Ali sebagai tuhan serta imam selepasnya.
3
Al-Quran diturunkan sepenuhnya ke atas Rasulullah SAW, tiada kekurangan padanya dan tiada kitab lain selepasnya.
Beriktiqad bahawa di sana ada mashaf yang diturunkan selepas kewafatan Nabi SAW dan dinamakan mashaf Fatimah.
4
Sunnah Nabi adalah apa saja yang datang daripada Nabi sama ada percakapan, perbuatan mahupun taqrir.
Mengatakan bahawa percakapan Imam 12 seperti firman Allah Taala dan Sabda Rasulullah SAW . Meriwayatkan daripada mereka sama seperti meriwayatkan hadith daripada Nabi kerana mereka juga maksum.
5
Syariat Islam adalah sempurna.
Bahawa Rasulullah SAW menyampaikan sebahagian daripada Syariat sahaja sedangkan sebahagiannya disembunyikan dan ditinggalkan pada Imam Ali.
6
Menerima periwayatan sahabat r.a kerana mereka adil dan thiqah (dipercayai).
Menolak periwayatan sahabat, mereka beriktiqad bahawa para sahabat semuanya menipu seperti Abu Hurairah, Samurah bin Jundub.
7
Menerima semua hadith-hadith yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim serta kitab-kitab hadith sahih yang lain.
Tidak berpegang dengan kitab-kitab hadith Ahli Sunnah melainkan yang ada persamaan dengan aqidah pegangan mereka.
8
Berpegang dengan Al-Quran, Sunnah dan Ijmak sebagai prinsip asas kepada Syariat Islam.
Tidak percaya kepada Ijmak sama ada dari sahabat mahupun selain mereka tanpa kewujudan orang yang maksum bersama mereka.
9
Tiada yang maksum melainkan Rasulullah SAW, para anbia dan rasul-rasul terdahulu.
Para Imam-imam adalah maksum dan kemaksuman mereka adalah perkara dasar dalam prinsip Imamah. Imam tidak akan terkena dosa sama ada sengaja atau tidak.
10
Mukjizat yang dianugerahkan Allah kepada para Nabi dan Rasul adalah satu bukti kebenaran.
Mukjizat hanya untuk para imam, mereka mampu menghidupkan yang mati, menyembuhkan penyakit bisu, kusta serta mereka memiliki semua mukjizat yang dimiliki oleh para Nabi.
11
Tiada yang mengetahui perkara-perkara ghaib melainkan Allah SWT.
Para imam mengetahui perkara-perkara ghaib, tidak terhijab daripada mereka ilmu-ilmu apa yang di langit, di bumi, di syurga dan neraka
sumber : ustaz nazim